Harian Metro

khazanah Xi'an

Teruja lihat masjid serta patung tentera Terra-Cotta dari zaman Dinasti Qin

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Dalam membuat pilihan mencari lokasi pelanconga­n, sudah pasti aspek utama dititikber­atkan adalah kemudahan mendapatka­n makanan halal terutama bagi orang Islam.

Bagi tujuan itu, Xi’an dalam wilayah Shaanxi adalah lokasi strategik bagi mereka yang berhasrat melancong ke China kerana mudah mendapatka­n makanan halal.

Malah, lokasi berkenaan mempunyai banyak tempat tarikan pelancong terutama tinggalan sejarah masyarakat China berusia ribuan tahun selain keindahan alamnya.

Pengalaman percutian ke Laluan Sutera itu dilalui penulis ketika mengikuti Trip Keluarga Media ke Xi’an anjuran Air Asia X selama enam hari lima malam, baru-baru ini.

Menerusi trip itu seramai 18 pengamal media bersama kakitangan Air Asia X berkunjung ke Xi’an dengan penerbanga­n terus Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA

2) ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Xi’an, Xianyang (T3).

Difahamkan ada 150,000 umat Islam di wilayah Shaanxi dan dianggarka­n seramai 90,000 menetap di Xian.

Jadi, tidak sukar mendapatka­n makanan halal ketika melancong ke kawasan berkenaan.

Antara tempat menjadi tumpuan mendapatka­n makanan halal adalah Muslim Street Xi’an menyajikan pelbagai menu yang pasti menggiurka­n pengunjung.

Malah, ketika sampai di situ, langkah penulis kian laju apabila melihat peniaga dan pekerja wanitanya

memakai tudung, manakala lelaki berkopiah putih selain mengucapka­n salam kepada pengunjung Muslim.

Di sebalik kesibukan dan riuh-rendah dengan gelagat peniaga serta pengunjung, pelbagai pilihan makanan halal mudah didapati antaranya sayur-sayuran, buah-buahan, daging lembu, kambing, ayam, sajian mi, nasi goreng dan sebagainya.

Malah, pengunjung juga boleh menikmati makanan tradisiona­l masyarakat tempatan Xi’an seperti hidangan sate kambing menggunaka­n kayu penyucuk dari pokok khas yang hidup di padang pasir.

Selain tarikan makanan, penulis berpeluang melihat keunikan Masjid Agung Xi’an terletak beberapa meter dari Muslim Street Xi’an.

Masjid antara terbesar dan tertua di China itu dibina pada 742 Masihi.

Ia menjadi tumpuan pelancong kerana binaan masjid berusia 1,276 tahun itu masih utuh selain seni binanya yang unik.

Perjalanan ke Xi’an pasti tidak lengkap jika tidak mengunjung­i tempat ibadat umat Islam ini bersama keindahan seni bina masyarakat China beragama Islam di negara itu yang didirikan ketika pemerintah­an Kaisar Tia Bo dari Dinasti Tang.

Di saat melangkah memasuki masjid berkenaan pandangan penulis terpukau melihat ukiran ayat suci al-Quran pada dinding kayu di ruang solat dengan terjemahan dalam aksara China.

Difahamkan ayat suci berkenaan diukir ketika masjid itu dibina dan masih asli serta tidak rosak walaupun berusia ribuan tahun.

Tempat menarik lain dilawati penulis ketika kunjungan termasuk Muzium Terra-Cotta yang terletak di daerah Lintong, Xi’an iaitu tempat mempunyai kesan tinggalan sejarah begitu menakjubka­n.

Penulis kagum melihat patung pelbagai peringkat jawatan tentera, kereta kuda dan peralatan lama yang mana cara pembuatan kerja seninya begitu halus serta teliti.

Difahamkan artifak sejarah itu peninggala­n Dinasti Qin yang ditemui penduduk pada 1974.

Hasil penggalian dilakukan menemui lebih 7,000 replika tentera dan kuda lengkap berpakaian perang daripada Dinasti Qin yang tertanam dan hingga kini penggalian masih diteruskan walaupun dijadikan muzium serta dibuka kepada orang ramai.

Selain itu, penulis turut menikmati keindahan alam semula jadi di Gunung Huashan di kota Huayin, Shaanxi.

Perjalanan dari Xi’an ke Gunung Huasan menaiki bas mengambil masa sekurang-kurangnya 90 minit dengan jarak sejauh 120 kilometer.

Walaupun jauh bagi penulis kunjungan itu sangat berbaloi kerana keindahan alam yang dapat disaksikan dari puncak Gunung Huashan berketingg­ian 2,133 meter memang menakjubka­n.

Pengunjung boleh menaiki kereta kabel yang disediakan untuk ke puncak gunung sebelum mendaki anak tangga bagi menikmati keindahan alam semula jadi selain mengunjung­i Kuil Taoist yang dibina di puncak berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI patung pahlawan Dinasti Qin yang masih utuh disimpan di Muzium Terra-Cotta Warriors Muzium.
PELBAGAI patung pahlawan Dinasti Qin yang masih utuh disimpan di Muzium Terra-Cotta Warriors Muzium.
 ??  ??
 ??  ?? BEBERAPA pengamal media mencuba pengalaman mempersemb­ahkan tarian naga.
BEBERAPA pengamal media mencuba pengalaman mempersemb­ahkan tarian naga.
 ??  ??
 ??  ?? PENGAMAL media bergambar di Gunung Huashan ketika Trip Keluarga Media ke Xi’an anjuran Air Asia X.
PENGAMAL media bergambar di Gunung Huashan ketika Trip Keluarga Media ke Xi’an anjuran Air Asia X.
 ??  ?? PENGUNJUNG membeli makanan halal di Muslim Street Xi’an.
PENGUNJUNG membeli makanan halal di Muslim Street Xi’an.
 ??  ?? KEINDAHAN Masjid Agung Xi’an antara tarikan pelancong.
KEINDAHAN Masjid Agung Xi’an antara tarikan pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia