Harian Metro

hobi 4x4 bawa beramal

Minat Hesrizal dan isteri dengan aktiviti 4x4 bawa mereka sertai konvoi amal

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@ hmetro.com.my

terhadap aktiviti pacuan empat roda sudah tersemai seawal Hesrizal Rabai berusia 13 tahun lagi ketika dia mengikuti perkembang­an Cabaran Sukan Ekstrem 4x4, Camel Trophy dipaparkan dalam televisyen sekitar 1986.

Kejohanan itu dianggap acara setaraf Olimpik bagi penggiat pacuan empat roda serata dunia menempuh ekspedisi merentasi Sumatera, Papua New

Guinea, Zaire, Brazil, Borneo, Australia, Madagascar (lintasan utara selatan pertama) dan Sulawesi sebelum kembali ke Amazon.

Dia yang lebih mesra disapa Rizal dalam komuniti 4x4 berkata, disebabkan minat terlalu mendalam terhadap sukan kenderaan itu, dia menghantar penyertaan kepada penganjur meskipun menyedari ketika itu masih bawah umur. Tidak sangka hasratnya dihargai penganjur apabila membalas permohonan­nya dengan memberi pelekat kenderaan acara dan risalah kejohanan berkenaan yang menjadi koleksi barangan peribadi paling berharga hingga hari ini.

“Minat itu sudah lama, namun hanya berpeluang mengendali­kan kenderaan pacuan roda apabila seorang kenalan iaitu Pak Hamid mendedahka­n saya secara langsung dengan pengalaman pertama iaitu perjalanan ke Lata Berembun, Raub, Pahang.

“Tambah pula selepas berkahwin, isteri Rusyati Masri, 42, juga mempunyai minat sama iaitu gemarkan sukan lasak seperti memanjat gunung dan sebagainya, jadi sebaik saya cerita berkenaan hasrat untuk terbabit dalam sukan pacuan empat roda ‘off-road,’ dia menyokong.

“Malah anak, Muhamad Hariz, 15, seawal usianya enam tahun saya sudah bawa dia ikut konvoi masuk hutan. Sebenarnya untuk anak menyesuaik­an diri dengan kehidupan dalam hutan bukan masalah apabila sudah didedahkan seawal dia berumur tiga tahun lagi. Sejak 2009 lagi, isteri dan anak sudah mengikuti ekspedisi pacuan empat roda tidak berasa gusar dan resah, sebaliknya seronok dengan pemanduan lasak terbabit,” katanya.

Hesrizal berkata, dia bermula dengan model Perodua Kembara dan spesifikas­i kenderaan sangatlah asas. Berpanduka­n nasihat dan tunjuk ajar kenalan, dia membuat perubahan sedikit demi sedikit supaya bersesuaia­n dengan trek dilalui.

“Saya pakai pacuan model Kembara hingga 2012 dan apabila kerap masuk hutan dan bertemu komuniti lain termasuk Yayasan Khalifah, niat daripada rekreasi berubah kepada kerja kebajikan. Jadi saya juga bertukar kepada pacuan jenis Pajero dengan pengubahsu­aian beberapa bahagian termasuk rak isian barang memudahkan kerja mengangkut barang sumbangan ketika konvoi amal.

“Isteri banyak membantu terutama dalam persiapan keperluan kelangsung­an termasuk keperluan dapur, ubat dan sebagainya. Begitu juga anak banyak membantu dalam persiapan seperti khemah, peralatan tali dan sebagainya penting di dalam hutan,” katanya.

Bercerita berkenaan cabaran pula, kata Rizal, dia dan keluarga pernah bermalam di tepi jalan selama dua hari gara-gara menunggu melepaskan lapan kenderaan konvoi melepasi bukit di Pos Hau, Gua Musang, Kelantan ketika misi Monsoon Trail 2013.

Sama ada peristiwa itu membuatkan dia dan keluarga serik, kata Hesrizal ia tidak mematahkan semangat. Apatah lagi hobi rekreasi sudah bertukar menjadi gerakan kebajikan dapat disertai seisi keluarga.

 ??  ??
 ?? FOTO IHSAN HESRIZAL RABAI ?? HESRIZAL bersama keluarga gemar aktiviti ‘off-road’.
FOTO IHSAN HESRIZAL RABAI HESRIZAL bersama keluarga gemar aktiviti ‘off-road’.
 ??  ?? ANAK dan isteri sudah biasa menemani aktiviti
merentas hutan.
ANAK dan isteri sudah biasa menemani aktiviti merentas hutan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WAKTU kualiti diisi dengan konvoi amal.
WAKTU kualiti diisi dengan konvoi amal.
 ??  ?? MESRA dengan komuniti Orang Asli.
MESRA dengan komuniti Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia