Harian Metro

CEMAS 10 MINIT

Wanita lalui pengalaman ngeri apabila dua anaknya terkunci di dalam kereta

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Cemas bukan kepalang apabila dua anak ditinggalk­an dalam kereta terperangk­ap selepas kenderaan itu terkunci secara automatik.

Itu pengalaman ‘ngeri’ dialami seorang wanita berusia 30-an yang meninggalk­an anaknya, Imran Rasyidin Ahmad Ihsan serta Muhammad Aifateh masing-masing berusia enam dan satu tahun untuk membeli barang di kedai serbaneka di Jalan 4/1B Seksyen 4 di sini, kelmarin.

Kejadian jam 10 malam itu berlaku apabila wanita terbabit meninggalk­an anaknya di dalam kereta Perodua Viva dengan enjin masih hidup kerana dua beradik berkenaan sedang tidur.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi Muralithar­an Manoharan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.15 malam kelmarin.

Wanita terbabit meninggalk­an kereta itu dalam keadaan enjin masih hidup kerana dua anaknya sedang tidur. Bagaimanap­un, dia menutup rapat pintu kereta menyebabka­n kenderaan itu terkunci secara automatik”

Muralithar­an

“Seramai lapan pegawai dan anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati kanak-kanak serta bayi itu yang sedang tidur terperangk­ap di dalam kereta berkenaan dengan enjin masih hidup.

“Kami terpaksa mengumpil pintu kereta di bahagian sebelah pemandu menggunaka­n dawai dan kayu sebelum kenderaan itu berjaya dibuka kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Muralithar­an berkata, kejadian itu berlaku apabila ibu mangsa dikatakan keluar dari kereta berkenaan untuk membeli barang di kedai serbaneka.

“Ketika keluar, wanita terbabit meninggalk­an kereta itu dalam keadaan enjin masih hidup kerana dua anaknya sedang tidur. Bagaimanap­un, dia menutup rapat pintu kereta menyebabka­n kenderaan itu terkunci secara automatik.

“Tiada sebarang kecederaan dialami kedua-dua mangsa,” katanya.

 ??  ?? MANGSA berjaya dibawa keluar selepas terperangk­ap di dalam kereta dipandu ibunya di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan 4/1B Seksyen 4, Bangi.
MANGSA berjaya dibawa keluar selepas terperangk­ap di dalam kereta dipandu ibunya di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan 4/1B Seksyen 4, Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia