Harian Metro

Parah kemalangan tiga kenderaan

-

Seorang lelaki parah manakala seorang lagi cedera ringan apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di Kilometer 426.4 Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 1.20 pagi itu membabitka­n kereta Perodua Myvi dipandu Leong Wei Kang, 20, dan Toyota Hilux milik Muhammad Abu Hassan,

56, serta lori yang rosak di bahu jalan.

Dalam kejadian itu, Wei Kang tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta dipandunya melanggar belakang Toyota Hilux berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bak Phai berkata, ketika kejadian sebuah lori yang mengalami kerosakan enjin dari arah Ipoh, Perak, berhenti di lorong kecemasan.

“Pemandu Toyota Hilux yang datang membantu memberhent­ikan kenderaann­ya di belakang lori itu.

“Perodua Myvi yang dipandu di lorong tengah dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong kecemasan dan melanggar

belakang Toyota Hilux yang kemudian melanggar belakang lori.

“Dalam kemalangan ini, pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki kanan dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, pemandu Toyota Hilux yang berasal dari Kampung Melayu Batu 16 Rawang, hanya cedera ringan.

Katanya, kes diklasifik­asikan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.23 pagi.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an pemandu kereta Perodua Myvi yang tersepit akibat kemalangan di Bukit Beruntung.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an pemandu kereta Perodua Myvi yang tersepit akibat kemalangan di Bukit Beruntung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia