Harian Metro

KEMARAU MINYAK PAKET

200,000 isi rumah sukar nikmati manfaat bahan masak bersubsidi akibat penyelewen­gan

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

Seperti kisah yang tiada berkesudah­an apabila minyak masak paket masih lesap di pasaran kerana ada ‘lanun’ mengaut untung besar atas angin. Mereka meletakkan pelbagai syarat tidak munasabah kepada pembeli yang kebanyakan­nya peniaga kecil, lapor Mohd Rizal Abdullah

Lebih 200,000 isi rumah di bandar raya ini sukar menikmati manfaat minyak masak paket bersubsidi berikutan kekurangan bekalannya di kedai runcit mahupun pasar raya sejak kebelakang­an ini.

Ia sekali gus menyebabka­n minyak masak berkenaan menjadi ‘buruan’ berbanding minyak masak dalam botol yang sememangny­a mudah diperoleh di kebanyakan premis perniagaan.

Hasil tinjauan Harian Metro termasuk kaji selidik sekurang-kurangnya 50 responden di bandar raya ini khususnya membabitka­n golongan suri rumah mendapati berlaku kesukaran mendapatka­n bekalan minyak masak paket.

“Ia kini seolah-olah menjadi bahan yang begitu ‘eksklusif’ kerana sukar diperoleh. Malah, ada peruncit menjualnya dengan harga lebih tinggi iaitu RM3 hingga RM3.50 sepaket sedangkan harga jualan sepatutnya RM2.50 saja.

“Jika disoal, sudah pasti peruncit memberikan pelbagai alasan bagi ‘menghalalk­an’ tindakan mereka. Lain keadaannya dengan minyak masak dalam botol yang sememangny­a banyak di pasaran sehingga berlaku lambakan,” kata seorang responden, di sini.

Sumber memberitah­u, isu kekurangan minyak masak paket itu berpunca daripada penyelewen­gan pihak tertentu yang dikesan menjual minyak masak paket terus kepada pengusaha restoran dan kedai makan, pengusaha kantin serta katering di bandar raya ini.

Malah, ada antara ‘lanun minyak masak’ dikesan menawarkan penjualan minyak masak paket itu terus kepada peniaga dengan harga jauh lebih tinggi iaitu RM48 hingga RM60 sekarton sedangkan ia hanya untuk kegunaan isi rumah.

“Bagi pengusaha restoran, meskipun pembelian satu karton minyak masak jauh lebih mahal, ia masih dianggap murah berbanding minyak masak tanpa subsidi dan lebih menjimatka­n.

“Justeru, akibat penyelewen­gan ini, kuota bekalan minyak masak paket di pasar raya dan kedai runcit di bandar raya ini yang sepatutnya menerima 200,000 kilogram metrik minyak paket sebulan berkuranga­n,” katanya.

Ini turut diakui peruncit di bandar raya ini yang hanya boleh membuat pesanan dua karton minyak bagi setiap bulan berbanding sebelum ini.

“Dulu boleh pesan banyak (karton) namun sekarang susah. Hanya dua karton setiap bulan. Bila habis digunakan, kenalah tunggu bulan depan, itupun kalau ada bekalan,” katanya.

Pendedahan mengenai ‘lanun minyak masak’ itu pernah diketengah­kan tahun lalu apabila terdapat individu yang secara terbuka menjual puluhan karton minyak masak paket sekilogram di laman sosial termasuk Facebook.

Bagaimanap­un, individu terbabit dikesan menutup akaun laman sosialnya tidak lama selepas kegiatan itu terbongkar bagi mengelak diburu pihak berkuasa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TINJAUAN di sebuah pasar raya mendapati tiada minyak masak paket dibekalkan sebaliknya berlambak dengan minyak dalam botol.
TINJAUAN di sebuah pasar raya mendapati tiada minyak masak paket dibekalkan sebaliknya berlambak dengan minyak dalam botol.
 ??  ?? PROMOSI yang dimuat naik di media sosial.
PROMOSI yang dimuat naik di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia