Harian Metro

Budak maut dirempuh lori ais

-

Permaisuri: Murid tahun satu pendidikan khas maut selepas lori ais dipandu seorang lelaki terlanggar mangsa ketika mahu bergerak sejurus menghantar barang di sebuah kedai di Kilometer 9, Jalan Sungai Tong-Pelong di Kampung Langkap di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi, Muhammad ‘Afeef Mohd Adnan, 7, yang tidak ke sekolah kerana sakit kaki selepas terjatuh dari bukit, kelmarin, keluar ke kedai berhampira­n rumah neneknya di Kampung Langkap sebelum dirempuh lori ais berkenaan.

Bapanya, Mohd Adnan Che Ibrahim, 34, berkata, Muhammad ‘Afeef yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek di sini, mengadu sakit kaki selepas terjatuh ketika mendaki bukit di rumah mereka di Chalok.

“Disebabkan dia kurang sihat, saya menghantar Muhammad ‘Afeef ke rumah neneknya sebelum ke tempat kerja.

“Saya juga sempat singgah menghantar adik Muhammad ‘Afeef yang mengikuti kelas prasekolah di sekolah sama.

“Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada ahli keluarga memaklumka­n kejadian menimpa Muhammad ‘Afeef dan segera pulang ke rumah neneknya,” katanya yang bekerja sebagai ahli farmasi.

Mohd Adnan berkata, dia difahamkan anaknya itu dua kali ke kedai berhampira­n rumah mentuanya untuk membeli mainan dan aiskrim.

“Ketika kejadian, arwah dikatakan berada di tepi jalan berhampira­n lori ais sebelum dirempuh kenderaan yang dipandu seorang lelaki ketika mahu bergerak selepas selesai menghantar ais di kedai runcit berkenaan tanpa menyedari kehadiran arwah di situ.

“Muhammad ‘Afeef cedera di bahagian kepala dan disahkan meningga dunia l di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superinten­dan Zulkifli Mat Deris berkata, ketika kejadian pemandu lori berusia 38 tahun itu ingin memulakan perjalanan selepas selesai menghantar ais di kedai runcit di situ. “Pemandu yang sedar terlanggar sesuatu turun daripada lori dan mendapati seorang kanak-kanak berada di bawah kenderaan itu.

“Pemandu berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setiu,” katanya.

Zulkifli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayak­an sehingga menyebabka­n kematian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan lori terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) untuk siasatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia