Harian Metro

Cop Itik ditahan selepas menyamun

-

Bukit Mertajam: Seorang lelaki dikenali dengan panggilan Cop Itik diberkas polis selepas memecah masuk rumah seorang pesara tentera ketika solat Jumaat di Kubang Semang di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, suspek berusia 50 tahun dan mempunyai lapan rekod jenayah memecah masuk rumah pesara tentera berusia 71 tahun dengan mengumpil pintu dapur.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika kejadian, mangsa ke masjid kira-kira jam 1 tengah hari dan meninggalk­an rumah dalam keadaan berkunci.

“Ketika pulang jam 2.40 petang, mangsa mendapati biliknya berselerak dengan kain baju berada di atas lantai seperti diselongka­r.

“Mangsa menyedari rumahnya dipecah masuk selepas mendapati barang berharga hilang dan pintu belakang diumpil,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nik Ros Azhan berkata, antara barang yang hilang dua telefon bimbit, wang tunai RM200 dan pingat perkhidmat­an.

Katanya, susulan laporan mangsa, pihaknya menyerbu sebuah rumah di Mengkuang Titi, jam 2 petang kelmarin sebelum menahan suspek.

“Hasil pemeriksaa­n menemui barangan yang dicuri. Suspek turut mengaku terbabit dalam kejadian itu dan memecah masuk dengan mengumpil pintu belakang rumah mangsa.

“Barang yang dicuri ditemui dalam longgokan kain baju dalam bilik di rumah berkenaan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA barangan yang dirampas daripada suspek di Mengkuang Titi kelmarin.
ANTARA barangan yang dirampas daripada suspek di Mengkuang Titi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia