Harian Metro

Sampai hati kau anak...

 Lelaki nasihat zuriat cari kerja parah ditetak dengan pisau pemotong daging

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Tindakan seorang lelaki menasihati anak lelakinya supaya keluar mencari pekerjaan sebaliknya menyebabka­n mangsa ditetak di leher hingga parah.

Dalam kejadian jam 7 pagi Jumaat lalu, mangsa berusia 54 tahun ditetak menggunaka­n pisau pemotong daging ketika berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Taman Telipok Ria, di sini.

Difahamkan, berlaku pertengkar­an antara mangsa dengan anak lelakinya berusia 19 tahun selepas mangsa menegur supaya anaknya keluar rumah untuk mencari pekerjaan.

Selepas pertengkar­an itu, suspek bertindak agresif apabila menetak leher mangsa menggunaka­n pisau pemotong daging sebelum dikejarkan ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

Mangsa dipindahka­n ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, selepas menerima laporan pada hari sama, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran menahan suspek di lokasi kejadian.

“Polis turut merampas pisau pemotong daging. Suspek warga Filipina bersama barang rampasan dibawa ke IPD Tuaran untuk tindakan lanjut.

“Ujian awal air kencing terhadap suspek didapati negatif bahan terlarang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan.

 ??  ?? LEHER mangsa yang berlumuran darah selepas ditetak di rumah mereka di Taman Telipok Ria, Tuaran.
LEHER mangsa yang berlumuran darah selepas ditetak di rumah mereka di Taman Telipok Ria, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia