Harian Metro

‘Saya tetap tidak akan berdiam diri’

-

Anak kepada pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) cawangan Rantau Panjang, Anisah Ali yang maut dirempuh tonto dua tahun lalu tidak akan berdiam diri hingga mereka yang menyebabka­n kematian ibunya dibawa ke muka pengadilan.

Afiq Luqman Mohd Baharudin, 24, berkata, dia tidak akan berputus asa memperjuan­gkan nasib arwah ibunya walaupun pelbagai cabaran perlu ditempuhi.

Pada masa sama, anak bongsu daripada dua beradik itu berharap

JKDM memberi kerjasama penuh bagi mempermuda­hkan urusannya.

“Sejak saya mendedahka­n kisah yang menimpa arwah ibu beberapa bulan lalu, kes ini seperti senyap kembali.

“Saya juga merujuk kepada Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan mereka menjalanka­n siasatan lanjut.

“Saya berharap isu yang menimpa arwah ibu mendapat perhatian semua pihak dan tidak dibiarkan begitu saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromania­m

Tholasy mengesahka­n akan mengadakan perjumpaan dengan SUHAKAM bagi membincang­kan mengenai kes Anisah yang terbunuh dalam operasi mencegah penyeludup­an pada 7 Oktober 2016.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd pula menyifatka­n siasatan kes pembunuhan Allahyarha­m Anisah tidak pernah dihentikan, ditutup atau ‘disenyapka­n’ seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Afiq Luqman berkata, dia juga akan memastikan kes ibunya dibawa ke Parlimen dan besar harapannya kerajaan menegakkan keadilan untuk Anisah.

“Saya satu-satunya anak lelaki dan apa yang menimpa ibu saya akan saya perjuangka­n hingga mereka yang bersalah menerima hukuman setimpal,” katanya.

 ??  ?? AFIQ Luqman menunjukka­n keratan akhbar dan salinan laporan polis yang dibuat. Gambar fail - 11 Jun 2018.
AFIQ Luqman menunjukka­n keratan akhbar dan salinan laporan polis yang dibuat. Gambar fail - 11 Jun 2018.
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 7 Jun lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 7 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia