Harian Metro

‘Cukuplah gandingan kami’

 Nana nafi tarik balik kenyataan tidak mahu berlakon dengan Alif Satar

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Buat masa ini

tidak ada tawaran kami diganding pun

Nana

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 34, menafikan dengan tegas dakwaan dia kini menarik balik kenyataan tidak mahu berlakon lagi dengan penyanyi dan pengacara

Alif Satar, 28.

Nana berkata, dia masih berpegang dengan kata-katanya dan projek kerjasama terakhir bersama Alif untuk 2018 adalah konsert Just Us Alif Satar & Siti Nordiana di Singapura pada 31 Ogos nanti.

“Siapa kata saya dan Alif akan berlakon sama lagi? Buat masa ini tidak ada tawaran kami diganding pun.

“Insya-Allah, saya akan masuk set penggambar­an bersama pelakon Fikry Ibrahim untuk drama Cekelat Semanis Honey. Itu pun dijangkaka­n pada September nanti,” katanya.

Menurut Nana, dia tahu ramai peminatnya dan Alif mahu mereka terus digandingk­an. Ujarnya, jika ada rezeki takkan ke mana.

“Saya dan Alif menghormat­i perasaan peminat kami. Namun, untuk 2018 ini rasanya cukuplah kerjasama kami.

“Macam yang semua tahu, kami membintang­i drama Klik! Pengantin Musim Salju, berduet menerusi lagu Sebenarnya dan tak lama lagi Konsert Just Us pula.

“Bagi saya, wajar untuk kami ‘berehat seketika’ kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja,” katanya.

Dalam masa sama, Nana berharap single Sebenarnya akan mesra radio dan mendapat sambutan baik pendengar. Malah, sejak dimuat naik di YouTube sebulan lalu video muzik lagu itu mencecah 1.1 juta tontonan.

Nana dan Alif berganding­an buat pertama kali pada 2016 menerusi drama Dia Semanis Honey diikuti Dia Semanis HoneyMoon dan telefilem Dia Semanis Honey Raya.

 ??  ?? ALI F
ALI F
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia