Harian Metro

‘Awek’ Korea berpuisi tarik perhatian

-

Bachok: Kemunculan ‘awek’ korea yang juga penyair, Dr Kang Myoung Sook menceriaka­n program Apresiasi Universiti

Malaysia Kelantan (UMK) di sini, semalam.

Myoung Sook, antara 250 penyair yang menyertai Konvensyen Penyair Dunia (KONPEN) 2018 hadir ke UMK bagi berkongsi pengalaman dan pengetahua­n dalam bidang kesusaster­aan bersama hampir 100 pelajar sastera UMK serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat.

Hadir dengan pakej wajah persis pelakon popular Korea, Song Hyekyo, tidak sukar untuk Myoung menarik perhatian pelajar untuk belajar berpuisi dan menimba ilmu kesusaster­aan terutama bidang terjemahan yang menjadi kepakaran beliau sejak 16 tahun.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan dan Penyelaras Bahasa Asing dan Tempatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyampaik­an beberapa sajak bertajuk Cinta dan Ibu bapa yang dicipta sendiri selepas mempelajar­i bahasa Melayu sejak 2001.

“Membaca sajak dan puisi bukan sesuatu yang asing di Korea kerana ia antara bidang kesusaster­aan yang hebat di Korea, selain drama dan artis Kpop.

“Puisi dan sastera Korea tidak jauh berbeza dengan Malaysia malah cara penyampaia­n dan susun katanya juga hampir sama iaitu kami meluahkan perasaan melalui perlakuan dan pertuturan puitis,” katanya ketika ditemui di Kampung Kebudayaan UMK Kampus Bachok, di sini.

Hadir sama, Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) Prof Madya Ahamad Tarmizi Azizan dan Penyelaras KONPEN 2018 UMK Dr Nordiana Ab Jabar.

 ??  ?? DR Kang (kanan) membacakan sajak pada Program Apresiasi UMK , semalam.
DR Kang (kanan) membacakan sajak pada Program Apresiasi UMK , semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia