Harian Metro

Cadang anjur majlis persanding­an ketiga

-

Wanita yang terpaksa bersanding tanpa suami selepas pasanganny­a ditawarkan menjalani latihan sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Mac lalu sehingga menjadi viral mahu mengadakan majlis persanding­an ketiga.

Badriyah Amirullah, 26, dari Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, berkata suaminya, Mohamad Syaiful Izwan Mohamad Shah, 26, juga bersetuju mengadakan majlis persanding­an ketiga dan kenduri menyambut menantu sebaik bercuti selepas melaporkan diri di lokasi bertugas bulan depan.

“Kami bercadang mengadakan persanding­an ketiga dan majlis kenduri di kampung halaman suami di Teluk Intan, Perak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2018 di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai di sini, semalam.

Kisah Badriyah menjadi viral kerana dia terpaksa bersanding seorang diri pada kenduri menyambut menantu di Teluk Intan, 17 Mac lalu, selepas bernikah dengan Mohamad Syaiful Izwan pada 18 November tahun lalu.

Kenduri di rumah Badriyah diadakan pada hari sama di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada 18 November tahun lalu manakala majlis sambut menantu dan persanding­an di kediaman Mohamad Syaiful Izwan ditetapkan pada 17 Mac lalu.

Badriyah berkata, suaminya mendapat tawaran dan melapor diri untuk menjalani latihan sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur Wakaf Tapai, awal Disember lalu. Katanya, mengikut perancanga­n awal, suaminya akan bercuti selama tiga hari untuk majlis persanding­an itu dan akan kembali bekerja pada 19 Mac namun berlaku salah faham menyebabka­n Mohamad Syaiful Izwan tidak dapat bercuti.

 ??  ?? BADRIYAH bersama Mohamad Syaiful.
BADRIYAH bersama Mohamad Syaiful.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia