Harian Metro

Detik manis kembali ‘belajar’ pada usia 100 tahun

-

Johor Bahru: Seorang bekas pelajar English College (EC) atau kini dikenali dengan Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) mempunyai cara tersendiri meraikan hari ulang tahun kelahirann­nya ke-100 dengan mengadakan majlis di bekas sekolahnya, malam kelmarin.

Lebih menarik, Abdul Hamid Ariffin yang lahir pada 1918 iaitu empat tahun selepas penubuhan EC pada 21 Mac 1914, satu-satunya pelajar ‘batch’ 1935 yang masih ada ketika ini.

Abdul Hamid yang masih sihat tubuh badan itu juga pernah bertugas sebagai kakitangan Lembaga Letrik Negara (LLN) sehingga syarikat utiliti itu dijenamaka­n sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, dia sangat bersyukur dipanjangk­an usia dan dapat meneruskan hidup sehingga umurnya hampir seusia dengan tempat pengajiann­ya ketika remaja.

“Saya tidak ada rahsia kekal sihat sehingga boleh hidup pada usia 100 tahun, cuma saya suka berjalan, bersiar-siar dan semua kenalan saya tahu saya seorang yang suka berjalan.

“Hari ini juga saya bersyukur dapat meraikan ulang tahun kelahiran saya yang ke-100 bersama beberapa bekas pelajar EC selain ahli keluarga yang turut hadir,” katanya yang tidak berumah tangga.

Majlis keraian ulang tahun kelahiran dan silaturahi­m keluarga Ariffin Alias itu dihadiri lebih 100 ahli keluarga termasuk bekas pelajar EC.

Abdul Hamid sempat menyempurn­akan gimik memotong pulut kuning sambil diiringi nyanyian lagu ulang tahun oleh ahli keluarga.

 ??  ?? ABDUL Hamid mengagihka­n cenderahat­i
kepada tetamu kanak-kanak di MSAB.
ABDUL Hamid mengagihka­n cenderahat­i kepada tetamu kanak-kanak di MSAB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia