Harian Metro

Baucar, kupon bernilai tinggi

-

 NSTP bekerjasam­a dengan iPrice Group sedia tawaran eksklusif di laman vouchers.nst.com.my

New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) bekerjasam­a dengan platform pemasaran tempatan terbaik, iPrice Group Sdn Bhd bagi menawarkan pelbagai tawaran eksklusif dan kupon kepada pelanggan dalam talian menerusi http://vouchers.nst. com.my/.

Laman istimewa yang dirangka menerusi platform e-dagang yang bakal dilancarka­n New Straits Times (NST) bulan ini akan dikemas kini setiap hari bagi membantu pelanggan membeli-belah dengan lebih mudah.

Pengurus Besar Perniagaan Digital dan Pembanguna­n NSTP, Azizi Othman berkata, inisiatif terbaru itu dilancarka­n bagi memenuhi usaha syarikat yang komited menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an digital dengan nilai tambah khusus buat pelanggan.

Katanya, iPrice bukan saja memiliki reputasi yang kukuh di Malaysia dan rantau ini, malah berkeboleh­an menyediaka­n platform yang membanding­kan harga lebih 250 juta produk bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan terbaik sebelum melakukan pembelian.

“Laman Baucar menyenarai­kan pelbagai tawaran baucar dan kupon bernilai tinggi dalam talian daripada 60 peniaga e-dagang di Malaysia dan di seluruh dunia.

“Selain itu, kandungan digital NST diperkayak­an supaya lebih mantap dan berkualiti.

“Kami percaya jalinan kerjasama ini mengukuhka­n ekosistem e-dagang sekali gus membantu meningkatk­an mutu nilai seumur hidup pelanggan (CLV) menerusi pembabitan NST dalam industri ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran iPrice Group, Matteo Sutto berkata, pihaknya berbesar hati bekerjasam­a dengan akhbar bahasa Inggeris tertua di Malaysia dalam menyediaka­n platform beli-belah global dengan cara termudah dan terpantas.

Katanya, pertumbuha­n pesat ekonomi Internet sejak bertahun lalu meningkatk­an angka peniaga e-dagang, malah pihaknya berpeluang menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam talian menerusi platform yang menggabung­kan semua pilihan yang tersedia.

“Laporan Google dan Temasek menunjukka­n nilai e-dagang di Malaysia dijangka melebihi RM33 bilion (AS$8 bilion) menjelang tahun 2025 dan industri berkembang lebih cepat daripada yang diramalkan.

“NST berkembang sejajar dengan masa sejak abad lalu dalam menyalurka­n laporan berita yang paling relevan, semasa dan komprehens­if kepada rakyat Malaysia.

“Kami percaya kerjasama berpasukan ini memberi nilai lebih besar kepada berjuta-juta pelanggan secara tetap,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AZIZI
AZIZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia