Harian Metro

Tumpu kemahiran, sikap pemandu

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

“Kami pernah bincang dengan pasukan PLUSRonda untuk meletakkan kon berlampu di hadapan dan belakang lori atau treler yang diletakkan di susur hentian rehat dan rawat (R&R) atau tepi lebuh raya, namun tidak dipersetuj­ui.”

Itu yang diluahkan Presiden Persatuan Pemandu Lori dan Bas Perak Abdullah Hashim ketika diminta mengulas mengenai kenderaan berat terutamany­a lori dan treler yang diletakkan di tepi jalan berdekatan susur masuk dan keluar kawasan R&R hingga mengundang pelbagai risiko termasuk dilanggar pengguna jalan raya lain terutama pada waktu malam.

Beliau yang kesal dengan nyawa orang ramai melayang akibat tidak sedar dengan kenderaan besar yang diletakkan di tepi lebuh raya itu turut menyatakan perbincang­an mengenai isu itu pernah dijalankan sebelum ini dengan agensi berkaitan terutamany­a kakitangan PLUS Berhad.

Kuala Lumpur: Kemahiran dan sikap pemandu antara yang akan diberi penekanan oleh Kementeria­n Pengangkut­an bagi memastikan tiada lagi insiden kemalangan membabitka­n lori atau kenderaan berhenti di laluan kecemasan.

Timbalan Menterinya Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada aspek berkenaan kerana ia tidak patut berlaku dan peraturan mengenai larangan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan adalah jelas.

Katanya, isu sikap pengguna jalan raya yang sentiasa ambil mudah dan mementingk­an diri sendiri antara penyebab berlakunya insiden seperti itu sedangkan semua pengguna sudah maklum mengenai

“Masalah kekurangan parkir di R&R adalah punca utama pemandu lori meletakkan kenderaan mereka di tepi lebuh peraturan sedia ada.

“Laluan itu kita boleh berhenti hanya jika betul-betul keadaan kecemasan dan kalau kita tengok sebenarnya kenderaan lain tidak perlu berada di situ pun.

“Sudah tentu kita akan tengok prosedur operasi standard dan ambil pendekatan yang pelbagai. Kita akan tengok aspek pemandu, ia perlu kepada ditekankan seperti kemahiran memandu dan ini membabitka­n sekolah memandu,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini pada Khamis dan Sabtu lalu mengenai sikap pemandu lori atau treler yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan di lebuh raya sehingga mengundang banyak kemalangan terutama membabitka­n penunggang motosikal. raya atau susur masuk dan keluar. Adakalanya kenderaan kecil seperti kereta yang meletakkan kenderaan mereka di ruang khas parkir untuk kenderaan berat.

“Ini juga punca kami tiada ruang untuk meletakkan kenderaan. Menyedari hakikat ini, kami pernah mencadangk­an kepada pasukan PLUSRonda untuk meletakkan kon berlampu di belakang kenderaan, namun mereka tidak bersetuju dengan cadangan kami yang nyata mampu mengatasi masalah ini,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori dan treler juga membayar tol untuk menggunaka­n lebuh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia