Harian Metro

Sindiket judi atas talian kembali aktif

-

Serdang: Selepas ‘menyepi’ sejak awal tahun lalu, sindiket perjudian atas talian di seluruh negara dikesan kembali aktif ketika anggota polis sibuk menjalanka­n tugas mengawasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei lalu.

Sindiket perjudian berkenaan dilaporkan mengambil kesempatan membuka semula premis mereka sedikit demi sedikit sebelum muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan di merata tempat di seluruh negara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata, berikutan kekangan kekuatan pegawai dan anggota polis dalam mengawasi serta memantau aktiviti perjudian sebelum dan selepas PRU14 menyebabka­n sindiket berkenaan mengambil kesempatan menjalanka­n aktiviti perjudian.

“Kita percaya mereka (sindiket judi) mula muncul ketika polis menjalanka­n pelbagai tugasan dan Operasi Cantas beberapa bulan sebelum PRU14 sehingga kini.

“Bagaimanap­un, pihak kami melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ peringkat kontinjen hinggalah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kerap menjalanka­n operasi namun tidak dihebahkan kepada media,” katanya dalam sidang media selepas operasi judi sekitar Serdang, malam kelmarin.

Beliau berkata, berikutan itu Operasi Dadu kini digerakkan ke seluruh negara secara besar-besaran dalam usaha membantera­s sepenuhnya elemen perjudian atas talian dan simulator.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengeluark­an talian hotline untuk orang ramai memaklumka­n sebarang aktiviti mesin perjudian kepada polis kontinjen di seluruh negara.

 ??  ?? ROHAIMI (kiri) menyoal pengunjung pada serbuan premis perjudian. Gambar kecil, antara mesin judi yang dirampas dalam Ops Dadu.
ROHAIMI (kiri) menyoal pengunjung pada serbuan premis perjudian. Gambar kecil, antara mesin judi yang dirampas dalam Ops Dadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia