Harian Metro

Hasrat adik-beradik tercapai jua

-

Sibu:

Lebih menggembir­akan apabila mereka berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu bersama ibu tersayang, Jamilah Imit, 66.

Ketika ditemui wartawan, Mohd Hamizan memaklumka­n dia tidak menyangka impian mereka sejak kecil untuk menunaikan haji pada usia muda akhirnya menjadi kenyataan.

“Sejak bangku sekolah rendah lagi, kami sekeluarga dididik untuk menabung dan kami mula menyimpan wang sedikit demi sedikit.

“Selepas bertahun-tahun mengumpul duit, akhirnya hasrat kami terlaksana. Perasaanny­a hanya Allah sahaja yang tahu. Saya rasa macam mimpi,” katanya.

Bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta,

Mohd Hamizan berkata, walaupun berdepan pelbagai kekangan, namun berbekalka­n nekad dan semangat yang tinggi, mereka sentiasa berusaha memastikan keperluan mereka ke Tanah Suci mencukupi.

Malah, katanya, pertama kali menunaikan haji ketika masih muda dalam keadaan tubuh sihat dan kuat adalah peluang yang mungkin hanya sekali dalam seumur hidup.

Seperti bakal jemaah haji yang lain, mereka juga mengikuti tiga jenis kursus yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji iaitu mingguan, perdana dan kursus intensif bagi mempersiap­kan diri dengan ilmu yang mencukupi.

“Sudah pasti, kami tidak akan melepaskan peluang untuk beribadat dan berdoa di hadapan Kaabah supaya hidup kami suatu hari nanti, menjadi lebih berjaya dan bermakna,” kata Mohd Hamizan yang berasal dari Jalan Alu-Alu di sini.

 ?? Mohd Hamizan ?? Selepas bertahun-tahun mengumpul duit, akhirnya hasrat kami terlaksana. Perasaanny­a hanya Allah sahaja yang tahu. Saya rasa macam mimpi”
Mohd Hamizan Selepas bertahun-tahun mengumpul duit, akhirnya hasrat kami terlaksana. Perasaanny­a hanya Allah sahaja yang tahu. Saya rasa macam mimpi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia