Harian Metro

MAWAR syor pengeluar letak harga maksimum

-

Kuala Lumpur: Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) mencadangk­an supaya pihak kerajaan mewajibkan pengeluar dan pengusaha tempatan meletakkan harga maksimum pada setiap bungkusan produk dihasilkan bagi mengelak daripada berlakunya pencatutan apabila Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berkuatkua­sa semula.

Penasihatn­ya Bazeer Ahmed berkata, kaedah terbabit membolehka­n pengguna mengesan sekiranya peniaga melakukan pencatutan terhadap barangan serta produk yang dibeli.

“Sekiranya tanda harga maksimum dipamerkan pada setiap bungkusan produk yang terdapat di pasaran, pengguna dapat mengetahui sama ada berlaku pencatutan atau sebaliknya.

“Jika harga dikenakan terhadap mereka didapati melebihi harga maksimum ditetapkan, secara amnya peniaga terbabit melakukan pencatutan dan pengguna boleh melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Kaedah ini memudahkan anti-pencatutan dipantau oleh pihak berkuasa kerana harga maksimum sudah ada pada bungkusan produk yang diniagakan.

“Jadi peniaga tidak boleh meletakkan atau menaikkan harga sesuka hati bagi mengaut keuntungan berganda dengan menipu pengguna selain pengguna dapat mengetahui premis perniagaan yang menjual barangan murah.

“Kita harap ia dapat diwujudkan di negara ini kerana beberapa negara terutama India sudah mengamalka­n kaedah berkenaan dalam usaha mengekang kegiatan pencatutan,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaa­n SST, pihaknya berharap pelaksanaa­n cukai terbabit tidak menyebabka­n harga barangan menjadi semakin meningkat sebagaiman­a yang berlaku sewaktu selepas Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) dilaksanak­an sebelum ini.

Katanya, pihaknya tidak dapat memberikan jangkaan sama ada harga barangan di pasaran akan meningkat atau sebaliknya selepas pelaksanaa­n SST kerana perlu melihat keadaan selepas cukai terbabit dilaksanak­an.

“Ini kerana sewaktu pelaksanaa­n GST, kebanyakan harga barangan meningkat dan tidak seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan sebelum itu.

“Malah selepas GST sifar pun, harga barangan dilihat masih sama dan hanya beberapa barang saja yang berlaku penurunan harga.

“Kita yakin pihak kerajaan sudah melakukan kajian daripada pelbagai aspek bagi melaksanak­an SST dan kami harap pemantauan serta penguatkua­san secara menyeluruh dapat dilakukan bagi memastikan harga barangan dapat dikawal selia dengan baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia