Harian Metro

Biar berpada-pada!

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

 KPDNHEP beri amaran kepada pemborong elak jual minyak masak bersubsidi terus kepada peniaga

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada pemborong supaya tidak menjual minyak masak bersubsidi terus kepada peniaga.

Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Cawangan Miri, Joe Azmi, berkata perbuatan itu salah sama sekali dan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata, peniaga yang dikesan menggunaka­n minyak masak bersubsidi untuk tujuan perniagaan juga boleh dikenakan tindakan sama.

“KPDNHEP memandang serius mengenai kegiatan individu mahupun pemborong yang menjual minyak masak paket terus kepada pengusaha premis perniagaan makanan,” katanya.

Joe berkata, pihaknya tidak menafikan wujudnya kegiatan itu di bandar raya ini yang sedikit sebanyak memberikan kesan kepada bekalan minyak di premis perniagaan ketika ini.

Setakat ini, katanya, belum ada individu yang dikenal pasti terbabit dalam kegiatan itu, bagaimanap­un, pemantauan giat dijalankan menerusi Ops Goreng.

Beliau berkata, melalui Ops Goreng, pihaknya berjaya mengesan premis perniagaan makanan laut di bandar raya ini yang dikesan menggunaka­n minyak masak paket pada Mac lalu.

Katanya, sebanyak 103 paket minyak bersubsidi ditemui di dalam premis berkenaan.

“Pemantauan dan siasatan akan terus dilakukan bagi mengelak berlakunya masalah kesukaran mendapatka­n bekalan minyak bersubsidi,” katanya.

Joe berkata, sebanyak 200,000 kilogram minyak masak bersubsidi dibekalkan di Miri setiap bulan oleh lima syarikat pemborong.

Sementara itu, Ketua Dewan Muda Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Mohamad Hafidz Rohani, berkata, perbuatan pemborong itu juga menyalahi undang-undang, sekali gus mengakibat­kan peniaga berdepan risiko.

Katanya, ia seolah-olah merampas hak isi rumah yang sepatutnya menikmati minyak bersubsidi itu.

“Keadaan ini akhirnya mengakibat­kan pengguna isi rumah gagal mendapat manfaat yang diperuntuk­kan kerajaan,” katanya.

Bagaimanap­un, sebagai peniaga, beliau memahami mengenai peningkata­n kos terutama membabitka­n usahawan kecil dan sederhana seperti peniaga pisang goreng dan sebagainya.

“Penggunaan minyak masak tanpa subsidi akan memberikan kesan kepada ‘ekosistem’ peniaga kecil akibat peningkata­n kos perniagaan,” katanya.

Mohamad Hafidz berkata, kemungkina­n kerajaan boleh mengambil beberapa langkah dalam menangani isu ini, antaranya pemberian kuota khas minyak bersubsidi kepada peniaga kecil.

“Ia sedikit sebanyak membantu peniaga kecil ini agar turut menikmati subsidi kerajaan sekali gus mewujudkan ‘ekosistem’ perniagaan yang baik.

“Bukan itu sahaja, ia dapat membantu mengurangk­an penyelewen­gan minyak bersubsidi ini oleh individu tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia