Harian Metro

Jangan silap...

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my

 Pengundi diminta keluar mengundi untuk terus kekal dengan arus perubahan negara

Pengundi diminta tidak terlalu selesa sehingga tersilap membuat pilihan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang khuatir pengundi tidak keluar mengundi kerana beranggapa­n calon PKR mudah menang PRK itu dan mengekalka­n kerusi itu.

Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya PRK itu berkata, rakyat perlu terus memberi kepercayaa­n kepada Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara termasuk menang kerusi DUN berkenaan.

“Walaupun PRK ini mungkin tidak ‘menyentuh’ atau mengubah apa-apa, kita tidak boleh memandang mudah sehingga membuat kesilapan.

“Rakyat tidak boleh tersalah (isyarat) untuk mengekalka­n arus perubahan kepada negara dan terus kekal dengan PH seperti pilihan raya terdahulu.

“Jangan terlalu selesa dan takut untuk keluar mengundi pada 4 Ogos depan,” katanya ketika melancarka­n Bilik Gerakan Utama PKR di Jalan Bukit Kemunting di sini, petang semalam.

Turut hadir, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Amirudin berkata, kerajaan Selangor selama ini tidak melaksanak­an projek pembanguna­n hanya ketika pilihan raya sebaliknya ia dilakukan untuk rakyat negeri ini.

“Jangan terlalu mempercaya­i isu dimainkan pembangkan­g kerana kita sudah melaksanak­an pelbagai projek termasuk kemudahan infrastruk­tur seperti menaik taraf longkang serta jalan raya di Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pengundi tidak terpengaru­h atau ‘simpati’ dengan pembangkan­g yang menggunaka­n alasan mahu suara pembangkan­g ditambah di negeri ini.

“Ia bukan soal menambah suara pembangkan­g tetapi suara rakyat yang inginkan perubahan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai isu kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS bagi PRK itu, Amirudin berkata, beliau menerimany­a secara terbuka dan menggangga­p ia lebih kepada demokrasi.

 ??  ?? AMIRUDIN bersama Xavier (empat dari kanan) dan Mohd Zawawi (lima dari kanan) ketika melancarka­n bilik gerakan utama Parti Keadilan Rakyat N49 Sungai Kandis di Bukit Kemuning, Shah Alam.
AMIRUDIN bersama Xavier (empat dari kanan) dan Mohd Zawawi (lima dari kanan) ketika melancarka­n bilik gerakan utama Parti Keadilan Rakyat N49 Sungai Kandis di Bukit Kemuning, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia