Harian Metro

1,664 anak tak sah taraf

-

Tuaran: Fakta mengejutka­n apabila seramai 1,664 anak tidak sah taraf dilahirkan ibu berusia bawah 18 tahun berdasarka­n rekod dikumpulka­n Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) setakat Jun lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat bergiat aktif bersama pelbagai pihak untuk menggemble­ng usaha menangani salah laku isu pornografi yang diyakini ada kaitan dengan gejala sosial itu.

“Kurangnya iman, jati diri dan ilmu seseorang individu akan mendorong kepada ketagihan pornografi berpunca daripada salah laku dalam menggunaka­n kemajuan dalam bidang teknologi media dan komunikasi.

“Masalah kerapuhan dan keruntuhan institusi keluarga juga kian merunsing. Gejala sumbang mahram, keganasan rumah tangga, seks sebelum nikah, menonton video lucah amat membimbang­kan kebelakang­an ini.

“Statistik JPN menunjukka­n 4,992 anak tidak sah taraf dilahirkan ibu berusia 18 tahun ke bawah tahun lalu manakala tahun ini hingga Jun lalu jumlahnya ialah 1,664 dan 120 kes pembuangan bayi tahun lalu,” katanya.

Alor Setar: Kadar gaji minimum sebanyak RM1,500 bagi sektor swasta yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bukan janji yang perlu dilaksanak­an dalam tempoh 100 hari pentadbira­n.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata, sebaliknya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia