Harian Metro

Kekurangan guru meruncing di bandar

-

Kluang: Masalah kekurangan guru kian meruncing di bandar utama terutama di Johor dan Selangor berikutan ramai guru dalam perkhidmat­an memilih kembali semula ke kawasan asal untuk bertugas.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kos sara hidup tinggi di bandar besar dikenal pasti antara faktor menyebabka­n ramai guru kembali semula ke kampung halaman untuk mengajar.

Katanya, ramai guru contohnya memohon keluar dari bandar besar untuk kembali bertugas di kawasan asal mereka termasuk Kelantan, Kedah dan Perlis dan jika trend itu terus meningkat ia bakal menjejaska­n sistem pendidikan negara.

“Kekurangan guru di bandar besar utama negara seperti Johor Bahru, Pasir Gudang dan Shah

Alam kini serius berikutan ramai guru memohon untuk kembali bertugas di tempat asal mereka.

“Ia diburukkan lagi dengan kurangnya permohonan guru untuk bertugas atau menggantik­an guru berpindah di kawasan kekurangan guru di bandar besar menyebabka­n masalah kekurangan guru kian serius.

“Kementeria­n sedang meneliti kaedah penyelesai­an terbaik masalah kekurangan guru ini termasuk beberapa inisiatif seperti meningkatk­an elaun sara hidup guru yang bertugas di bandar besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sijil siap kerja pembinaan sekolah daif fasa 1, 2018 bagi negeri ini di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam, dekat sini, semalam.

 ??  ?? DR Maszlee (tengah) menyerahka­n replika kunci kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam, Nortijah Ibrahim.
DR Maszlee (tengah) menyerahka­n replika kunci kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam, Nortijah Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia