Harian Metro

Makruh meminjam untuk bermegah

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Apakah hukum memberi hutang kepada kawan yang kita tahu dia akan gunakan untuk perkara tidak bermanfaat dan membeli sesuatu barang hanya untuk menunjuknu­njuk?

Secara umumnya, hutang di dalam Islam adalah dibenarkan dan bertepatan dengan syarak.

Orang yang memerlukan­nya dibenarkan dan disunatkan meminta tanpa perlu rasa bersalah.

Malah, ia menjadi tanggungja­wab orang yang diminta. Ini ada dinyatakan oleh kitab Allah SWT dan ijmak ulama. (Lihat alFiqh al-Manhaji, 4/121-122)

Hikmah pensyariat­an membenarka­n amalan itu cukup jelas iaitu merealisas­ikan kehendak Allah SWT yang mahukan wujudnya suasana tolongmeno­long untuk tujuan kebaikan dan ketakwaan sesama umat Islam.

Amalan itu juga dapat memantapka­n lagi hubungan persaudara­an sesama umat Islam dengan cara mengajak mereka supaya menghulurk­an bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan dan kesengsara­an.

Menjawab persoalan itu, kami nukilkan daripada kitab al-Fiqh al-Manhaji yang menyebut:

Pada asasnya dalam keadaan biasa, hukum memberi hutang adalah sunat sementara meminta hutang adalah harus.

Itulah hukum hutang dalam keadaan biasa. Walau bagaimanap­un, hukum itu mungkin berubah bergantung kepada niat

orang yang berhutang.

Haram

Jika pemberi hutang mengetahui hutang itu akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan sebagainya.

Makruh

Jika si pemberi hutang mengetahui hutang itu akan digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk atau penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang itu.

Wajib

Jika pemberi hutang mengetahui orang yang berhutang itu amat memerlukan untuk menampung hidupnya dan keluargany­a.

Tiada cara lain untuk dia memperoleh­nya kecuali dengan cara berhutang. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/128-129)

Oleh itu, sebagai kesimpulan, makruh memberi hutang sekiranya si pemberi hutang mengetahui orang yang ingin berhutang akan membeli sesuatu yang tidak berfaedah atau membeli sesuatu sekadar untuk menunjuk-nunjuk sedangkan dia tidak mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

Semoga kita wajarkan dalam kehidupan ini dengan sifat al-tawasi bi alhaq dan al-tawasi bi alsabr seperti yang dinyatakan dalam Surah al-‘Asr.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia