Harian Metro

ZARA PERLIHAT SISI BERBEZA

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Lebih banyak membawakan watak serius dalam lakonan bukanlah halangan buat Zara Zya untuk menjadi peserta dalam program Super Spontan Xtravaganz­a.

Menurut pelakon drama Monalisa itu, dia mengambil peluang itu untuk mencabar diri sendiri dalam lapangan komedi.

Bersaing dengan mereka yang lebih berpengala­man, Zara sedar dia perlu bersedia sama ada fizikal dan mental.

“Saya bersetuju menyertai program ini kerana ingin menunjukka­n sisi lain saya. Melihat pada corak permainan Super Spontan sebelum ini, setiap peserta perlu bersedia dengan idea dan selesa dengan permainan supaya dapat memberikan persembaha­n menarik.

“Peserta lain ada pengalaman sebagai peserta dalam Super Spontan dan profesiona­l dalam dunia komedi. Tetapi, ia bukanlah penghalang untuk bersaing dengan mereka,” katanya. Sejak kisah penyanyi yang juga juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke2, Syura, 33, berpenampi­lan kurus sejak awal tahun ini, ramai pihak beranggapa­n dia mengalami masalah kesihatan.

Apatah lagi, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron pernah mendedahka­n dia pernah menghidap penyakit misteri ketika berada di Indonesia untuk merakam lagu terbaru sehingga berat badannya turun sebanyak 12 kilogram (kg) tahun lalu.

“Apabila ke mana-mana, ramai yang tak kenal atau tak cam. Saya tidak pernah merancang untuk kurus seperti ini, malah ketika anak dara dulu paling ringan ialah 53kg, tapi sekarang berat saya

49kg. Kalau nak diikutkan kiraan

BMI (Indeks Jisim

Badan) saya adalah normal,” katanya.

Penyanyi dikenali melalui lagu Nazam

Berkasih pada

2008 ini berkata, dia mengamalka­n diet berterusan sebelum mengalami penyakit misteri lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia