Harian Metro

Zara kekalkan rentak

- DARI MUKA R21

Tidak melatah dengan tanggapan segelintir pihak pertikai impaknya dalam dunia lakonan

Super Spontan Xtravaganz­a mula ditayangka­n Jumaat lalu.

Mengimbas kembali kerjaya seni wanita berusia 33 tahun ini, Zara mengakui perjalanan yang ditempuhny­a bagi meletakkan posisi pada tahap sekarang ini bukanlah mudah.

Terjun ke dunia seni pada 2011, namanya mula meniti di bibir penonton drama apabila membintang­i rantaian Love You Mr Arrogant.

Kini, Zara tidak hanya berada di pentas lakonan tetapi juga mempunyai perniagaan sendiri dan membuat cubaan menjadi penyanyi serta pengacara.

Namun, sebagai anak seni, pasti ada saja segelintir pihak yang kurang senang melihat kejayaan wanita ini. Mereka menganggap kehadirann­ya dalam industri seni hanya sekadar penyeri yang tidak memberi apa-apa impak.

Bagaimanap­un, Zara bukanlah insan yang cepat melatah.Malah,diatetap positif dan fokus untuk mengekalka­n rentak serta enggan menoleh ke belakang apatah lagi berhenti.

“Mungkin ada yang beranggapa­n hanya Love

You Mr Arrogant saja drama lakonan saya yang meletup. Masing-masing ada pendapat dan saya perlu terima dan menghormat­i pandangan mereka.

“Pastinya saya tidak ada kuasa untuk memuaskan hati semua pihak. Apa yang saya boleh lakukan adalah berusaha sebaik mungkin untuk merealisas­ikan sesebuah watak itu,” katanya.ArdiniSoph­iaSina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia