Harian Metro

Bangga lagu ciptaan sendiri

Single Oh! Si Kacak diterima baik, tersenarai dalam carta lagu popular

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Maisarah Faizal atau lebih dikenali dengan panggilan Maisarah Ukelele dalam kalangan peminatnya membabitka­n diri dalam indusri muzik sejak berusia 13 tahun.

Kelebihan bermain Ukelele pada usia muda dengan baik berjaya menarik perhatian umum dan pada masa sama dia turut menunjukka­n kemampuan mencipta lagu.

Mencuba sekian lama, akhirnya nasib menyebelah­i Maisarah apabila singlenya Oh! Si Kacak diterima baik dan turut tersenarai dalam carta lagu popular.

Walaupun tidak meraih kejayaan besar dan populariti memuncak seperti Wany Kayrie,

Wani dan Haqiem Rusli, Maisarah berpuas hati dengan pencapaian diraih.

Ditemui baru-baru ini Maisarah berkata, dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi apabila melangkah masuk dalam industri.

Tambahan pula niatnya adalah untuk mengembang­kan bakat yang ada selain mahu meraih pengalaman.

Maisarah sedar, untuk meraih kejayaan seperti rakan seangkatan agak susah kerana dia masih bersekolah dan tahun ini akan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tidak ada apa yang mahu saya kejar, apatah lagi saya perlu memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Walaupun sibuk, Alhamdulli­lah lagu Oh! Si Kacak berjaya mengangkat nama saya,” katanya.

Katanya, dia tidak suka membanding­kan kejayaan diraih teman seangkatan dengan perkembang­an kerjaya seninya.

“Orang lain lebih popular itu adalah rezeki mereka dan saya senang dengan rezeki yang sudah ditetapkan. Saya juga senang berada di mana saya ada sekarang,” katanya lagi.

Membanggak­an apabila Maisarah kini muncul dengan album sulung dan kebanyakan lagu adalah ciptaannya sendiri.

“Lagu pertama ciptaan saya Adakah Ini Cinta pada tahun 2016 sementara lagu Oh! Si Kacak ciptaan kedua, namun wakil syarikat rakaman mahu lagu Oh! Si Kacak dikeluarka­n dulu.

“Saya dapat inspirasi menghasilk­an Oh! Si

Kacak daripada ibu yang sedang menonton sebuah drama dan sambil berbual dia berkata alangkah bagus andai saya menghasilk­an lagu mengenai wanita yang memuja lelaki kacak.

“Lagu itu pula 50 peratus datang daripada imaginasi dan 50 peratus lagi pengalaman saya pernah suka kepada seseorang, tetapi takut nak luahkan,” katanya.

Kata Maisarah selepas menghasilk­an album, dia mahu memberikan tumpuan kepada kerja promosi terlebih dulu dan waktu sama fokus belajar.

“Saya akan kembali aktif sebaik sahaja tamat peperiksaa­n SPM nanti. Buat masa sekarang saya fokus mempromosi­kan album sulung ini,” katanya.

 ??  ?? Saya akan kembali aktif sebaik sahaja tamat peperiksaa­n SPM
Maisarah
Saya akan kembali aktif sebaik sahaja tamat peperiksaa­n SPM Maisarah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia