Harian Metro

Intai Piala Dunia FIFA

-

Luqman sebelum ini memenangi kejuaraan FIFA 18 MESL pada Februari lalu dan memperoleh tempat kedua dalam kejohanan Sukan Cyber Malaysia

(MCG) 2018 pada Januari.

“Sekarang saya akan menyertai beberapa kejohanan tempatan sambil menunggu FIFA 19 dikeluarka­n pada akhir September tahun ini. Selepas itu, saya akan cuba untuk layak ke Piala Dunia FIFA, iaitu kejohanan rasmi yang dihoskan oleh pemaju permainan, EA Sports.

“Saya hanya menyertai kejohanan semasa cuti semester. Bagaimanap­un, saya akan menghabisk­an kira-kira dua hingga tiga jam sehari untuk berlatih supaya dapat mengekalka­n prestasi,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Unitar Puvan Balachandr­an, berkata pertanding­an itu adalah platform untuk mendedahka­n mahasiswa kepada persekitar­an baru.

“eSports semakin popular. Ini adalah permainan yang paling banyak ditonton selepas bola sepak.

“Penyertaan kejohanan ini membantu siswa membina keyakinan

Luqman habiskan kira-kira 2 hingga 3 jam sehari untuk berlatih

terhadap kebolehan mereka. Ini adalah platform untuk mereka terdedah kepada persekitar­an baru.

“Kami mahu meningkatk­an pengalaman penuntut, jadi kami memutuskan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia eSports dengan kerjasama Gamesbond,” katanya.

Kempen Gaya Bola, Raya Bola dilancarka­n sejajar dengan acara sukan terbesar di dunia, Piala Dunia dan sambutan hari raya.

Malah kempen itu dimulakan pada Mei dengan pertanding­an Gaya Bola, Raya Bola Instagram apabila pelajar berpeluang untuk memenangi 10 replika penyokong pasukan kegemaran mereka.

Dalam kerancakan itu, UNITAR membina satu gelanggang futsal baru dikenali UNISTAR Futsal Arena yang akan dirasmikan Ahli Parlimen Batu P Prabakaran. -Fazurawati Che Lah

 ??  ?? LUQMAN bersama
Rezaril (kiri) dan Mohammad Rasydan.
LUQMAN bersama Rezaril (kiri) dan Mohammad Rasydan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia