Harian Metro

Lonjak kebolehpas­aran mahasiswa

-

Program silang budaya jadikan pemikiran lebih terbuka, tingkatkan kemahiran kemanusiaa­n

Dengan itu juga siswa diharapkan mudah untuk mendapat pekerjaan terutama peluang pekerjaan di luar negara apabila mereka tamat pengajian kelak kerana pengalaman yang diperoleh melalui program seperti itu.

Mengulas lanjut,

Dekan Fakulti Teknologi Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Madya Mohd Rahimi Yusoff, berkata program silang budaya sangat penting bagi penuntut untuk saling memahami budaya dari negara luar dan Malaysia.

Katanya program seperti ini perlu diperbanya­kkan supaya cara pemikiran pelajar lebih terbuka, lebih berani berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dan meningkatk­an kemahiran kemanusiaa­n yang lebih positif.

“Sikap dan bakat ini penting kepada siswa terutama untuk kebolehpas­aran mereka bila memasuki bidang pekerjaan nanti,” katanya.

Katanya dalam konteks Malaysia yang berbilang etnik dan budaya, program silang budaya akan mengukuhka­n lagi hubungan antara kaum.

“Ini kerana apabila kaum yang berlainan memahami budaya yang berbeza.

“Penguasaan bahasa daripada kaum yang berlainan melalui program silang budaya juga boleh mengurangk­an masalah komunikasi dan seterusnya mengukuhka­n masyarakat Malaysia lebih harmoni,” katanya.

Dalam konteks silang budaya dengan pelajar antarabang­sa pula katanya, mahasiswa akan lebih memahami bahasa, cara hidup dan kebudayaan antarabang­sa.

Katanya, dengan memahami cara hidup dan budaya ini, mahasiswa akan lebih memahami tingkah laku serta cara bertindak siswa antarabang­sa.

“Perbezaan sikap dan budaya akan menyebabka­n berlaku banyak salah faham yang akhirnya boleh

Penguasaan bahasa daripada kaum yang berlainan melalui program silang budaya juga boleh mengurangk­an masalah komunikasi dan seterusnya mengukuhka­n masyarakat Malaysia lebih harmoni

 ??  ?? SILANG BUDAYA membentuk kerjasama
semua peringkat
umur.
SILANG BUDAYA membentuk kerjasama semua peringkat umur.
 ??  ?? PERMAINAN tradisiona­l antara budaya yang perlu diangkat.
PERMAINAN tradisiona­l antara budaya yang perlu diangkat.
 ??  ?? AKTIVITI mencari ikan yang sekarang makin dilupakan.
AKTIVITI mencari ikan yang sekarang makin dilupakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia