Harian Metro

KEPUASAN VARHOON

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Pengalaman dibuli senior ketika bersekolah memberi dorongan kepada penuntut Monash University, Varhoon Vystra, 21, mengubah penampilan dengan aktif dalam bidang kecergasan sejak tiga tahun lalu.

Meskipun mendapat tentangan awal daripada keluarga pada peringkat awal, Varhoon tidak berputus asa dan kini usahanya berhasil apabila diberi kepercayaa­n untuk menjadi jurulatih kecergasan secara sambilan.

Varhoon berkata, secara tidak langsung, dia berpeluag menambah pendapatan walaupun kini masih bergelar mahasiswa.

“Keinginan mengubah penampilan timbul kerana rasa rendah diri dengan tubuh kurus sebelum ini.

“Keadaan itu juga menyebabka­n saya sering dibuli dan disebabkan tidak mahu perkara sama berulang, saya tekad memulakan langkah dengan melakukan rutin kecergasan di rumah.

“Sejak awal lagi, tiada yang membimbing sebaliknya belajar sendiri antaranya dengan merujuk perkongsia­n video kecergasan di YouTube,” katanya.

Anak bongsu daripada dua beradik itu mengakui perjalanan­nya untuk mendapatka­n tubuh menarik tidak semudah yang disangka.

Malah, proses transforma­si itu tidak berlaku dalam masa singkat selain memerlukan serta disiplin dan kesabaran yang tinggi.

“Banyak perkara yang perlu saya korbankan untuk mendapatka­n hasil diinginkan antaranya melupakan ketika bersuka ria bersama rakan bagi melakukan rutin di gimnasium.

“Selain itu, saya juga perlu mengikut diet pemakanan yang betul setiap hari secara konsisten.

“Namun, saya kuatkan diri demi memastikan impian terlaksana sekali gus meyakinkan keluarga apa yang dilakukan ini tidak sia-sia,“katanya.

Varhoon berkata, dia tidak pernah berpuas hati tetapi gembira apabila semakin mendapat kepercayaa­n untuk menjadi jurulatih kecergasan.

Katanya, tawaran itu adalah peluang berharga untuknya membantu lebih ramai individu untuk mendapatka­n tubuh menarik dan lebih dekat dengan amalan gaya hidup sihat.

“Hingga kini, saya sudah melatih lebih 100 individu yang datang daripada pelbagai jantina dan latar belakang .

“Kepuasan saya adalah apabila melihat perubahan mereka tidak hanya pada bentuk tubuh tetapi gaya hidup yang lebih sihat.

“Harapan saya supaya dapat melatih lebih ramai lagi supaya budaya hidup sihat terus dipraktikk­an dalam kehidupan masyarakat negara ini,” katanya.

 ??  ?? VARHOON mahu menarik lebih ramai individu untuk aktif dalam aktiviti kecergasan
VARHOON mahu menarik lebih ramai individu untuk aktif dalam aktiviti kecergasan
 ??  ?? UBAH penampilan kerana mahu bangkit daripada pengalaman pahit.
UBAH penampilan kerana mahu bangkit daripada pengalaman pahit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia