Harian Metro

Memasak dengan jiwa dan hati

- DARI MUKA H49 BERMULA ENAM PEK MAKANAN

Menceburi bidang masakan yang ironinya dilakukan wanita menurut Khalil sebelum ini dia bekerja sebagai juruwang di kedai serbaneka dan pernah menceburi bidang perhotelan dan restoran makanan segera. Lama-kelamaan ada rasa kekosongan dalam diri membuatkan dia ingin berubah kerjaya.

“Saya terfikir sampai bila perlu makan gaji? Saya inginkan kehidupan lebih baik selepas ini dan hanya bekerja sendiri saja mampu memberikan kepuasan. Namun saya tidak tahu apakah bidang perniagaan yang akan diceburi. Kepakaran saya hanyalah memasak yang diwarisi daripada ibu dengan mahir membuat kuih tradisiona­l dan tapai pulut,” katanya yang mula mengambil kelas membuat kek.

Berbekalka­n kemahiran diperoleh, dia mula menjual kek lapis dan kek lain di kedai serta pejabat, kemudian menambah cabang perniagaan kepada dekorasi untuk hari jadi, hantaran serta perkahwina­n. Berganding­an dengan Jamaludin ketika itu banyak tempahan diterima sehingga membuatkan mereka tidak menang tangan.

Lama-kelamaan apabila tempahan semakin banyak kedua-kedua berasakan perlunya mempelajar­i lebih banyak teknik memasak termasuk kuih-muih tradisiona­l dan masakan barat disebabkan kebanyakan pelanggan bertanya berkenaan makanan lain yang boleh disediakan.

“Ketika mengikuti kelas memasak, guru yang mengajar memberitah­u untuk berjaya dalam perniagaan seseorang itu perlu mahir memasak pelbagai jenis hidangan seperti kuih-muih, mi dan bihun, nasi, manisan dan juga masakan barat. Sedikit demi sedikit saya menyahut cabaran ini dan mula mengikut kelas membuat kuih tradisiona­l antaranya bingka, kuih talam dan cucur badak.

“Bukan setakat belajar secara praktikal saya juga membeli bermacamma­cam jenis majalah dari dalam dan luar negara untuk mendapatka­n resipi. Alhamdulil­lah menerusi buku ini saya mendapat banyak ilmu yang dapat dipraktikk­an ketika memasak. Ada juga resipi yang perlu diubah suai bahannya supaya sesuai dengan selera orang Melayu,” katanya.

Melengkapk­an diri dengan ilmu memasak, bermula enam pek makanan menerusi jenama AJ Menu, Khalil memperluas­kan promosi dengan membuka tempahan dalam jumlah yang besar. Mulanya hanya kek kemudian ditambah kepada kuih-muih dan makanan berat seperti bihun, mi atau nasi.

“Ada juga pelanggan yang meminta saya menyediaka­n hidangan tiada dalam senarai. Sebagai pengusaha seboleh-bolehnya saya tidak mahu menolak permintaan pelanggan.

Apa saja kehendak mereka akan saya tunaikan bergantung kepada kemampuan. Setakat ini kami tidak menghadapi sebarang masalah kerana setiap tempahan dapat disediakan mengikut waktunya,” katanya yang menggalakk­an pelanggan membuat tempahan empat hari awal sebelum acara berlangsun­g bagi memudahkan urusan pembelian bahan makanan.

Menjelaska­n lebih lanjut, menurut Khalil sepanjang menjalanka­n perniagaan makanan, cabaran paling utama adalah masa. Ini kerana bermula daripada membeli perkakasan makanan, memasak, pembungkus­an sehingga penghantar­an dilakukan mereka berdua. Jadi jadual sudah sedia tersusun seminggu awal agar proses penyediaan berjalan lancar.

“Perkara paling mencabar adalah penghantar­an makanan kerana hidangan perlu sampai ke tangan pelanggan satu jam lebih awal. Ini bagi memastikan perkara di luar

Turut guna pelbagai jenis majalah dari dalam, luar negara

untuk mendapatka­n resipi

 ??  ?? KHALIL (kiri) dan Jamaludin bersama makanan yang sudah sedia dibungkus untuk penghantar­an kepada pelanggan.
KHALIL (kiri) dan Jamaludin bersama makanan yang sudah sedia dibungkus untuk penghantar­an kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia