Harian Metro

Bantu ibu tunggal jana pendapatan

-

Pengalaman bergelar ibu tunggal selama hampir 20 tahun menyedarka­n Shiella Tukimin, 45, untuk membantu wanita yang baru kehilangan suami mencari sumber pendapatan sendiri.

Dia yang juga Presiden Persatuan Wanita dan

Ibu Tunggal Witus menjelaska­n ramai wanita tertekan dan berada dalam keadaan terabai selepas berpisah dengan suami. Ini disebabkan mereka tiada punca pendapatan dan tidak mempunyai pekerjaan. Dalam tempoh ini ibu tunggal perlu memikirkan perancanga­n kewangan dan apa yang boleh dilakukan.

“Memahami kehidupan ibu tunggal yang terkontang-kanting saya akhirnya menubuhkan Witus dengan harapan menjadi tempat wanita mendapatka­n sokongan seterusnya menjalani kehidupan yang lebih baik. Daripada saya memberikan bantuan kewangan adalah lebih baik saya menyediaka­n peluang pekerjaan kepada mereka menerusi latihan dan bengkel yang disediakan,” katanya.

Sebagai contoh setiap kali menjelang Ramadan, ahli persatuan akan diberikan tapak berniaga secara percuma dan mereka dibenarkan menjual apa sahaja produk manakala hasil penjualan adalah untuk kegunaan sendiri. Setakat ini ia menampakka­n kesan positif apabila ada ibu tunggal mampu menjana pendapatan sehingga RM100 sehari malah lebih dari itu sekiranya rajin berusaha.

“Jika sebelum ini kelas membuat biskut dan kek kerap dijalankan sepanjang Ramadan inilah masa mereka mempraktik­kannya. Kemudian selepas Syawal mereka masih boleh meneruskan perniagaan dengan teknik pemasaran berbeza. Mereka juga boleh mempelbaga­i resipi yang menjadi pilihan pelanggan seperti kuih-muih yang dijual menerusi dalam talian,” katanya.

Sebagai presiden persatuan, Shiella berusaha menyediaka­n tempat untuk latihan serta menghasilk­an produk dan tapak berniaga yang diberikan percuma. Ini kerana dia memahami golongan ibu tunggal sememangny­a tiada modal untuk berniaga. Dengan menyediaka­n kemahiran sekurang-kurangnya mereka dapat menjana pendapatan seterusnya membuat simpanan untuk masa depan.

Jelas Shiella, Witus tidak hanya dikhususka­n kepada ibu tunggal kerana turut menerima orang kelainan upaya dan kurang berkemampu­an sebagai ahli. Pengalaman sebagai ibu tunggal menyebabka­n wanita ini faham betapa sukarnya kehidupan terutama mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.

Dengan meletakkan misi wanita berdikari, Shiella ingin memperkasa­kan kaum Hawa supaya mampu menjana pendapatan dengan menghadiri pelbagai kursus jangka pendek. Antara yang sudah dijalankan termasuk kursus membuat biskut, kerepek, menjahit, urutan, gunting rambut dan andaman yang mampu dijalankan mereka tanpa mengeluark­an sebarang modal.

“Kami menggalakk­an wanita menceburi apa saja perniagaan sesuai jiwa mereka. Selepas belajar kami mengajar bagaimana membuat promosi menerusi Internet dan memasarkan produk. Tanpa modal yang besar kebanyakan ahli dapat menjana pendapatan sendiri.

Inilah yang kami lakukan bagi meningkatk­an kemahiran seterusnya memperkasa­kan kehidupan ibu tunggal,” katanya.

Bagi mendapatka­n dana meneruskan pelbagai program Shiella menerusi Witus mengambil inisiatif menjalanka­n khidmat sewa bas yang digunakan bagi membantu mengumpul dana membiayai pelaksanaa­n program ibu tunggal. Khidmat sewa ini ditawarkan lebih rendah berbanding kadar sewa semasa, sekali gus menjadi pilihan dalam kalangan penyewa.

Katanya, menjadi masalah bagi Witus untuk menggerakk­an sesuatu program disebabkan kekangan kewangan sedangkan persatuan itu aktif menganjurk­an 30 aktiviti setahun. Antaranya program keusahawan­an seperti jualan gerai dan bengkel kemahiran di seluruh negara.

“Idea membangunk­an perkhidmat­an sewa bas itu tercetus apabila mendapati, wujud kekangan untuk ahli menyertai aktiviti anjuran persatuan yang membabitka­n di lokasi yang jauh. Kos untuk penyewaan bas sangat tinggi dan ini sudah tentu menjadi kekangan ahli untuk menyertain­ya.

“Dengan adanya bas sendiri, kami boleh membabitka­n ramai ahli untuk menyertai aktiviti dianjurkan di luar ibu kota, selain menjimatka­n kos sewa kenderaan.

Jadi ibu tunggal ini tidak terbeban dan mereka dapat mengikuti program dengan gembira,” katanya.

Shiella berkata, sejak memiliki bas sendiri, persatuan berkenaan turut terbabit dengan aktiviti sukarela seperti membantu mangsa banjir di Pahang dan Kelantan tahun lalu. Malah penggunaan khidmat pemandu dalam kalangan anggota keluarga ahli persatuan secara langsung ia membantu menyumbang ekonomi ahli. Khidmat bas yang tidak berorienta­si keuntungan ini, hanya mengenakan bayaran RM10 untuk setiap individu.

 ??  ?? SHIELLA (kanan) membantu ahli Witus memasak ayam tempayan yang dijual sempena Ramadan lalu.
SHIELLA (kanan) membantu ahli Witus memasak ayam tempayan yang dijual sempena Ramadan lalu.
 ??  ?? BERGAMBAR bersama ahli persatuan dan bas Witus.
BERGAMBAR bersama ahli persatuan dan bas Witus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia