Harian Metro

PETIK SAYUR BELAKANG RUMAH

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Wanita hias pekarangan rumah dengan tanaman

asas dalam masakan

Melihat pelbagai jenis tanaman hijau di belakang rumah teres dua tingkat milik Wan Hasimazlin­da Wan Mazlan, 35, ini jelas memperliha­tkan kecenderun­gan gemar bercucuk tanam.

Pasu merimbun kehijauan, tersusun cantik di bahagian tengah, di barisan tepi pula terdapat sayur-sayuran yang ditanam di dalam petak khas sementara peralatan berkebun diletakkan di satu sudut berbeza.

Tiada satu pun pasu terbiar dipenuhi rumput. Semua dalam keadaan kemas dan tersusun rapi. Sedap mata memandang dek kerana kehijauan itu nyata mengilhamk­an rasa tenang terutama mereka yang mencintai alam ciptaan Allah. Bagi Wan Hasimazlin­da yang gemar disapa Zulind, dia mula meminati aktiviti bercucuk tanam selepas mendirikan rumah tangga pada 2006. Namun ketika itu dia masih bekerja.

Selepas mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa, ketika sibuk menguruska­n keluarga dia mendapati ada keperluan menanam sayur-sayuran asas yang sering digunakan dalam masakan. Ini berikutan selepas beberapa kali dia kehabisan serai dan daun kesum di rumah.

“Ketika sedang memasak, serai dan daun kesum habis. Suami pula bekerja jadi saya terpaksa menangguhk­an dulu hidangan asam pedas disebabkan tidak cukup bahan sementara menunggu suami membelinya. Ia agak menyusahka­n, jadi saya terfikir alangkah bagusnya dapat bercucuk tanam sekurang-kurangnya jika ada keperluan memasak hanya petik saja di belakang rumah,” katanya tersenyum.

Mengambil benih daun kari, pandan, serai, kunyit dan daun kesum dari kampung yang terletak di Jerantut, Pahang, kemudian Wan Hasimazlin­da menyemai anak pokok itu di dalam pasu dan menunggu masa matang sebelum boleh dipetik.

“Memang sangat menjimatka­n dan memudahkan urusan memasak apabila saya tidak lagi perlu membelinya di kedai. Ini ditambah minat memasak menjadikan proses di dapur dapat dilakukan dengan lancar. Malah ada tanaman yang turut dijadikan ulam-ulaman seperti sabung nyawa, tenggek burung, pegaga dan beluntas sebagai hidangan setiap hari,” katanya yang mewarisi hobi berkebun daripada ibunya.

Menceritak­an lebih lanjut, ibu kepada empat cahaya mata ini berkata sejak mempunyai hobi berkenaan dia semakin rajin mengunjung­i nurseri bagi mendapatka­n idea-idea baru dalam bidang penanaman. Daripada langsung tiada ilmu kini dia semakin mahir mengenal biji benih, cara semaian dan penjagaann­ya.

Malah memulakan hobi ini 12 tahun lalu dia hanya mengeluark­an kos sebanyak RM50 membeli pasu, tanah dan baja kemudian sedikit demi sedikit dia penambahan tanaman dilakukan hingga memenuhi ruang halaman belakang rumah.

“Selain mendapatka­n pandangan daripada mereka yang mahir, saya juga kerap melayari Internet untuk mengetahui teknik tanaman dan penjagaan. Daripada situ saya mengenali ramai suri rumah dan juga mereka yang turut mempunyai minat sama. Kami bertukar-tukar pendapat dan mendapatka­n info terkini berkenaan penanaman,” katanya.

Menyentuh berkenaan penjagaan tanamannya itu, Wan Hasimazlin­da menggunaka­n baja organik yang diberikan dua minggu sekali. Menggembur­kan tanah, membuang rumput liar dan daun kering di kawasan sekeliling adalah rutin hariannya. Saya juga akan memastikan daun-daun dan batang pokok bebas fungus dan kulat supaya ia kelihatan menghijau dan nampak segar. Serangga dan ulat juga harus dipantau kerana boleh memusnahka­n daun-daun hijau ini.

“Walaupun bergelar suri rumah namun aktiviti harian saya sangat padat. Sebelah pagi saya menghantar anak ke sekolah kemudian masa senggang yang ada saya gunakan untuk menyediaka­n makanan tengah hari mereka. Siraman dilakukan dua kali sehari. Ini sangat penting kerana sekarang cuaca tidak menentu ada kala panas sepanjang minggu jadi sangat penting memastikan tumbuhan menerima air mencukupi,

“Hanya pada awal pagi dan petang selepas anak-anak pulang dari sekolah saja masa yang ada untuk ‘berbual’ dengan tumbuhan. Ia terapi diri buat saya kerana melihat tumbuhan hijau mampu mengurangk­an rasa bosan dan tertekan. Kehijauan tumbuhtumb­uhan sangat menyegarka­n. Malah saya akan pastikan kebun mini ini sentiasa menghijau tanpa henti. Ini menjadikan tetamu seperti burung, serangga, lebah dan tupai datang ‘menyapa’ dan ia sangat membahagia­kan,” katanya.

Membuat pengkelasa­n ada pokok yang senang hidup dan ada tidak, bagi wanita ini tanaman yang mudah tumbuh tanpa memerlukan penjagaan rapi adalah pokok herba yang digunakan dalam masakan. Sementara sayur zuchini dan buah beri daripada luar negara yang ditanam wanita ini pula dikatakan memerlukan penjagaan rapi disebabkan perbezaan cuaca di Malaysia.

“Walaupun sukar namun ia sangat menyeronok­kan apabila melihat tumbuhan daripada luar negara seperti brussel sprout, rosemary, blueberry dan raspberrie hidup subur di sini. Selain sayur-sayuran, ulam-ulaman kini saya turut menanam herba seperti sirih, halia merah, temukunci dan lempoyang untuk kegunaan sendiri. Apa yang membuatkan tanamannya ‘menjadi’ kerana mendapat sokongan padu suami yang memberikan galakan untuk bercucuk-tanam malah kini anakanak turut mengikut jejak langkah saya ke kebun,” katanya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor itu.

 ??  ?? SELAIN sayuran terdapat tumbuhan herba dan ulamulaman.
SELAIN sayuran terdapat tumbuhan herba dan ulamulaman.
 ??  ?? BERKEBUN terapi diri dan menghilang­kan rasa bosan.
BERKEBUN terapi diri dan menghilang­kan rasa bosan.
 ??  ?? SAYURAN hidup subur di dalam pasu.
SAYURAN hidup subur di dalam pasu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia