Harian Metro

Kongsi rezeki makan durian

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my ‘Hantu Durian’

Program rumah terbuka Aidilfitri meriah dengan kehadiran penyanyi popular

Bagi mencipta kelainan pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri lalu, cawangan Teh Tarik Place, Setapak Sentral, Kuala Lumpur menganjurk­an program Durian Raya.

Program yang memasuki tahun ketiga itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran tiga penyanyi popular iaitu Black Hanifah, Tomok dan Shahir AF8.

Penganjur yang juga pengarah syarikat Cuisine Inspire, Fahrulrazi Kassim, 37, berkata, acara tahun itu begitu istimewa kerana musim durian jatuh pada sambutan Aidilfitir­i.

“Program ini dibuat sejak 2016. Cuma, kali ini kami buat sedikit kelainan menggabung­kan sambutan Aidilfitri dan makan durian.

“Alhamdulil­lah, seperti tahun sebelumnya sambutan diberikan sangat menggalakk­an hingga durian tak cukup. Jadi, untuk tahun ini kami tambah jumlah durian iaitu 1,200 kilogram membabitka­n 800 biji.

“Pada awalnya kami menganggar­kan tetamu yang hadir 300 orang, tetapi lebih ramai yang datang.

Ini sebahagian daripada aktiviti tahunan kami dan pada masa sama ingin berkongsi rezeki dengan semua,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan artis, Fahrulrazi berkata, setiap tahun pihaknya mengundang penyanyi tekenal untuk menghiburk­an tetamu.

“Sebelum ini, kami pernah membawa Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Wings, Black dan ramai lagi. Pada masa sama, mereka juga penggemar durian.

“Jadi, tahun ini kami menjemput artis lain pula. Bagi saya, kehadiran mereka dapat memeriahka­n lagi acara dan pengunjung boleh beramah mesra dengan mereka. Saya berterima kasih kepada artis yang hadir kerana begitu ‘sporting’ melayan peminat,” katanya.

Pembabitan kali ini adalah yang ketiga untuk Black dan dia berterima kasih kepada penganjur kerana percaya dengan kebolehann­ya dalam menghiburk­an tetamu.

“Ini adalah acara santai. Jadi, apabila diberi peluang sekali lagi, saya memang okay. Sebelum ini, mereka dirikan khemah dan pentas. Kali ini berbeza sebab menggabung­kan sekali sambutan Aidilfitir­i. Jadi, mereka inginkan konsep rumah terbuka.

“Tahun lalu, durian tak banyak dan tetamu yang hadir boleh relaks lagi. Tetapi, untuk penganjura­n kali ini memang padat hinggakan nak berjalan pun susah. Jadi, memang meriah.

“Salah satu sebab terima jemputan ini kerana saya juga penggemar durian. Begitu juga dengan isteri. Kalau nak beli di luar harga mahal, pada acara ini makan percuma dan tidak kisah nak makan seberapa banyak,” katanya.

Sementara itu, Shahir yang pertama kali terbabit dalam program itu terkejut dengan sambutan diberikan.

“Dari awal saya sudah menjangka tetamu akan ramai sebab ia menggabung­kan raya dan durian. Malah, apa yang membuatkan saya bertambah seronok kerana berpeluang berjumpa peminat.

“Tetamu yang hadir pula sangat ‘happening’ dan mereka tidak malu jika diajak untuk menyanyi bersama. Jadi, acara santai ini bertambah meriah dengan adanya sokongan mereka.

“Memandangk­an ia acara Durian Raya, jadi saya pun tidak ketinggala­n menjamah durian. Semua sedap apatah lagi durian yang pelbagai jenis,” katanya.

 ??  ?? FAHRULRAZI (tengah) bersama artis jemputan.
FAHRULRAZI (tengah) bersama artis jemputan.
 ??  ?? BLACK melayan peminat.
SHAHIR tak lepas peluang menjamah durian. FAHRULRAZI menyerahka­n hadiah kepada tetamu bertuah. Tahun ini kami tambah jumlah
durian iaitu 1,200 kilogram membabitka­n
800 biji
BLACK melayan peminat. SHAHIR tak lepas peluang menjamah durian. FAHRULRAZI menyerahka­n hadiah kepada tetamu bertuah. Tahun ini kami tambah jumlah durian iaitu 1,200 kilogram membabitka­n 800 biji

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia