Harian Metro

Bawa pakaian tak sesuai untuk sesi fotografi

-

Minggu lalu, SS ke sebuah restoran makanan sihat berdekatan tempat kerja. SS pergi bersama seorang teman yang cuba menjaga kesihatan dengan mengamalka­n ‘eat clean’.

Banyak yang kami bualkan hinggalah mengenai seorang pendatang baru dalam industri seni suara. Katanya, penyanyi itu buat hal ketika sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini.

Bukanlah hal besar pun, baju yang dibawa untuk menjayakan sesi fotorgrafi itu seperti baju hujan sedangkan awal-awal lagi dia sudah dimaklumka­n fotografi itu untuk muka depan.

Terkejut teman SS melihat pakaian yang digayakan pada hari itu. Yalah, dalam Instagram bukan main kacak dengan fesyen terkini, tiba-tiba ketika fotografi baju yang dibawa itu langsung tak menepati kriteria.

Opps. netizen jangan kecam SS dulu ya!

Ramai selebriti lain tidak kira lama atau baharu yang minta rakan media dapatkan tajaan pakaian bagi menjayakan sesi fotografi.

Ada juga rakan seangkatan­nya yang lebih selesa membawa pakaian dan menggayaka­nnya dengan cara tersendiri. Tetapi, tidak ada pula yang bawa pakaian yang kelihatan seperti baju hujan.

Mahu dikatakan tidak pandai bergaya, mustahil. Apabila menghadiri majlis hiburan, gayanya tidak pernah kalah. Pendek kata penyanyi ini pandai berfesyen dan menjadi ikutan peminatnya.

Rasanya tidak perlulah ‘try hard’ untuk sesi fotografi berkenaan. Cukuplah menjadi diri sendiri sama seperti yang ditunjukka­n dalam laman sosial. Gaya itu pun sudah cukup baik untuk dijadikan muka depan.

Tidak perlulah mencuba gaya pakaian baharu kerana tidak semua itu sesuai untuk diri kita. Mungkin orang lain pakai nampak kacak tetapi apabila diri sendiri gayakan, nampak pelik. Jangan terlalu mengikut peredaran fesyen.

SS: Kadangkala sederhana itu lebih menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia