Harian Metro

Keras kepala tak dengar nasihat syarikat pengurusan

-

Ramai betul penyanyi baharu yang berbakat. Semua ada kelebihan dan keistimewa­an tersendiri. Lagu yang dipertaruh­kan juga tidak kurang hebat. Berkualiti dan memenuhi selera pendengar.

Namun, apa yang menyedihka­n SS adalah sikap beberapa individu yang mulai besar kepala. Ikut emosi sendiri dan enggan mendengar nasihat syarikat pengurusan mahupun insan sekeliling­nya.

Dijadikan cerita, seorang penyanyi lelaki bersuara lunak ini juga keras kepala bukan kepalang. Menurut teman SS, pengurusny­a sendiri mengeluh dengan sikapnya yang gemar bertindak mengikut kata hati.

Bukan main dia bercakap mengenai perangai rakan baiknya yang suka mengikut kata hati. Rupa-rupanya, dia pun sama. Bertindak dahulu, kemudia baru dia gunakan otak untuk berfikir baik buruknya.

Adik, sebelum melakukan sesuatu fikirlah sebaik mungkin kesan tindakan berkenaan. Andai ada kesan buruk, janganlah teruskan. Kasihan syarikat pengurusan yang terpaksa ‘cover’ perangai buruk kamu.

Cuba dengar dan ikut nasihat pengurus. Janganlah terlalu degil dan keraskan hati kononnya apa yang kamu lakukan itu betul. Pengurus cuba sebaik mungkin jadikan dan bentuk kamu menjadi penyanyi yang disegani.

Jangan kerana sikap kamu yang enggan mendengar nasihat itu makan diri sendiri. Buang sikit sikap ego. Syarikat pengurusan hanya inginkan yang terbaik. Kalau kamu rasa apa yang kamu lakukan itu betul, tak payah bernaung di bawah mana-mana syarikat pengurusan.

Ubah sikap sebelum syarikat pengurusan penat melayan kerenah kamu. Nanti kontrak bersama mereka tidak disambung, barulah kamu terkialkia­l cuba mencari projek sendiri.

SS: Jangan diukur tinggi rendah langit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia