Harian Metro

Lagi pelajar kena histeria

-

Kota Bharu: Sesi pembelajar­an Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh sekali lagi terganggu semalam, apabila 30 lagi pelajar diserang histeria kali ketiga.

Kejadian berlaku jam 12 tengah hari ketika waktu rehat pelajar apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang berada di dalam bilik darjah secara tiba-tiba menjerit.

Sumber sekolah memaklumka­n, guru membawa pelajar terbabit ke surau di sebelah bangunan bilik darjah namun histeria merebak kepada pelajar lain.

“Seramai 30 pelajar dirasuk, menangis dan menjerit, kebanyakan­nya pelajar yang sama diserang histeria beberapa hari lalu,” katanya.

Seorang ibu pelajar di sekolah itu yang mahu dikenali sebagai Zainab, 40, berkata, dia berharap pentadbira­n sekolah mengambil tindakan segera bagi mengelakka­n kejadian seperti itu berlaku.

Katanya, meskipun anaknya tidak terkena histeria, perkara itu mengganggu proses pembelajar­an dan pengajaran di sekolah itu.

“Saya simpati dengan pelajar yang terbabit namun berharap sekolah mengambil tindakan susulan walaupun sebelum ini sudah buat solat hajat dan bacaan Yasin,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa histeria minggu lalu dikenali sebagai Siti, 18, memberitah­u dia ke sekolah semalam namun tidak dijangkiti histeria.

Katanya, sejak serangan kembali berulang ibu bapanya menyuruh dia berehat di rumah bagi memulihkan semangat dan mengelakka­n kejadian berulang.

“Kebanyakan pelajar jadi lemah, penat dan menangis, saya takut juga nak kembali ke sekolah dan tunggu keadaan kembali pulih,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 19 Julai lalu.
LAPORAN Harian Metro 19 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia