Harian Metro

Kulit gatal akibat habuk kayu bertebaran

-

Maran: Mata pedih dan kulit gatal hingga berdarah apabila digaru. Situasi itu dilalui penduduk Taman Jengka Impian, Rantau Perintis dan Matau, apabila sebuah kilang kayu berhampira­n di Jalan Jengka-Maran di sini, didakwa mengeluark­an habuk berlebihan.

Difahamkan, masalah itu berlaku apabila dandang atau penapis di kilang itu dipercayai bocor sejak enam bulan lalu menyebabka­n habuk kayu bertebaran di merata-rata tempat termasuk kedai makan.

Peniaga kedai makan, Siti Rohana Awang, 41, berkata kesihatann­ya terjejas sejak masalah itu berlarutan enam bulan lalu namun terpaksa berniaga setiap hari demi mencari rezeki untuk keluarga.

“Setiap hari mata saya pedih manakala tekak serta kulit menjadi gatal. Setiap hari, lebih 20 kali saya mengelap meja disebabkan berhabuk dan menutup semua lauk-pauk,” katanya ketika ditemui di kedai makan miliknya yang 500 meter dari kilang papan itu, semalam.

Seorang penduduk Rantau Perintis, Azman Abdul Mutalib, 46, berkata, dia mengalami gatal apabila habuk kayu melekat terutama pada kulit kepala.

“Kilang kayu ini tidak sepatutnya berada berhampira­n kawasan perumahan kerana boleh jejaskan alam sekitar dan datangkan masalah kepada kami penduduk.

“Pengurusan kilang patutnya fikir mengenai penduduk dan kilang ini wajar ditutup atau dipindahka­n ke kawasan lain saja jika tiada penyelesai­an,” katanya yang mendakwa kilang berada dalam jarak 500 meter dari kawasan perumahan.

Azman berkata, demi kesihatann­ya, dia terpaksa memakai topeng penutup hidung dan berkaca mata setiap kali keluar rumah.

Pengerusi Kelab 999, Ruslan Awang, 44, mendakwa hingga kini, 15 penduduk Rantau Perintis mengalami masalah kesihatan termasuk dirinya.

“Aduan dibuat ke Jabatan Alam Sekitar (JAS), Khamis lalu. Alhamdulil­lah kami difahamkan JAS memberi amaran kepada pengurusan kilang kayu itu dan kami harap masalah selesai dalam tempoh seminggu lagi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka Shahril Azman Abd Halim Al Hafiz yang membuat tinjauan di kilang kayu itu berkata, dia membela nasib penduduk di situ hingga masalah selesai.

Katanya, lawatan mengejut ke kilang itu juga dibuat namun pemiliknya enggan memberi kerjasama.

“JAS beri jaminan menyelesai­kan masalah ini dalam tempoh seminggu mulai esok dan kami sentiasa ikut perkembang­an,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK menunjukka­n kereta yang berhabuk dari kilang kayu di Jalan Jengka-Maran.
PENDUDUK menunjukka­n kereta yang berhabuk dari kilang kayu di Jalan Jengka-Maran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia