Harian Metro

Konvoi KJU ‘tawan’ 6 negeri

-

Kota Bharu: Seramai 100 peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi mengakhiri Kembara Jejak Ulama (KJU) membabitka­n enam negeri, semalam.

Program empat hari bermula Khamis lalu itu bertujuan menjejaki keturunan pejuang ulama yang membebaska­n tanah air daripada penjajahan dulu.

Ketua program, Badrul Zaman Ismail berkata, konvoi itu yang membabitka­n Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, dapat menjejaki beberapa keturunan ulama besar serta ahli keluarga pejuang.

“Program ini adalah simbolik bagi memperinga­ti usaha mereka terdahulu melalui keturunan mereka di beberapa negeri ketika era penjajahan.

“Seperti di Pahang, kami berhasil mendekati keturunan serta penduduk yang bersama berjuang dengan pejuang Mat Kilau bagi mengetahui kisah dan pengalaman sewaktu membebaska­n negeri itu daripada penjajahan British.

“Manakala di Kelantan kami juga menemui keturunan pahlawan Tok Janggut yang berkongsi kisah di sebalik perjuangan­nya yang turut disambut oleh Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelanconga­n negeri, Mejar Datuk Md Anizam Ab Rahman,” katanya ketika ditemui di Majlis Penutup Program Konvoi Motosikal KJU di Dewan Saga Kenering, Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota di sini.

Sementara itu, Md Anizam ketika ditemui berkata, pihaknya menyambut baik usaha dilakukan bagi memperinga­ti pejuang besar terdahulu dan pada masa sama menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n yang bakal disambut 31 Ogos depan.

“Kami mengalu-alukan kedatangan mereka dan diharapkan usaha yang sama dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia secara tidak langsung menggalakk­an sektor perlancong­an negeri,” katanya.

 ??  ?? MD Anizam (tiga dari kanan) bersama peserta konvoi Kembara Jejak Ulama, semalam.
MD Anizam (tiga dari kanan) bersama peserta konvoi Kembara Jejak Ulama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia