Harian Metro

Bagi balik duit!

Lelaki serang, pukul pekerja kedai telefon

- Nor Azizah Mokhtar bhnews@nstp.com.my

Tidak berpuas hati dalam urus niaga pembelian telefon bimbit menyebabka­n seorang lelaki bertindak gila menyerang dan memukul pekerja kedai alat telekomuni­kasi itu dengan topi keledar serta meja di sebuah pusat membeli-belah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu suspek ke premis berkenaan dalam keadaan marah sambil menjerit memanggil rakan sekerja mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan urus niaga pembelian telefon bimbit sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, selain menimbulka­n kekecohan, suspek turut mengeluark­an kata-kata ugutan untuk memukul rakan mangsa jika wangnya tidak dikembalik­an.

“Mangsa cuba meleraikan keadaan itu, namun suspek bersama seorang rakan bertindak menyerangn­ya dengan topi keledar yang dibawa menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahu dan kepala.

“Susulan risikan dan maklumat orang ramai, suspek berusia 32 tahun itu berjaya ditahan semalam (kelmarin) dan kini direman empat hari sehingga Selasa ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas giat dijalankan.

Insiden kekecohan yang berlaku itu berjaya dirakam orang ramai yang menyaksika­nnya menyebabka­n video berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Video berdurasi 35 saat itu menunjukka­n suspek beberapa kali menyerang mangsa menggunaka­n sebuah meja bulat berwarna putih di depan sebuah kedai telefon bimbit.

 ??  ?? RAKAMAN video yang viral menunjukka­n seorang lelaki menyerang seorang penjual telefon bimbit dengan meja.
RAKAMAN video yang viral menunjukka­n seorang lelaki menyerang seorang penjual telefon bimbit dengan meja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia