Harian Metro

Kanvas TN50 perkasa hasrat belia

-

Kanvas Belia Transforma­si Nasional 2050 (TN50) diilhamkan pentadbira­n terdahulu ke arah membentuk wawasan Malaysia baharu untuk tempoh 30 tahun akan datang, bakal diteruskan mengikut perancanga­n kerajaan sedia ada.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan dalam proses mengambil alih pandangan berkenaan untuk diterjemah­kan menjadi dasar bagi memperkasa hasrat golongan terbabit.

“Kita ada Kanvas TN50 yang berkait rapat dengan aspirasi orang muda bagaimana membentuk Malaysia pada masa depan.

“Ada banyak cadangan dan inspirasi terkandung dalam Kanvas TN50, maka perkara itu akan dijawab di Parlimen,” katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesye­n Belia Mahir kelima Majlis Belia

Malaysia (MBM) sempena sambutan tujuh dekad MBM di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali dan Presiden MBM,

Mua’ammar Ghadafi Jamal.

Syed Saddiq berkata, kerajaan komited terhadap

(gambar)

usaha memartabat­kan golongan belia dalam setiap aspek kehidupan.

Kanvas Belia TN50 adalah cetusan idea kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai platform curahan aspirasi lebih dua juta anak muda ke arah membentuk wawasan Malaysia baharu untuk tempoh 30 tahun akan datang.

Aspirasi yang dimuatkan dalam Kanvas Belia TN50 itu adalah hasil analisis terhadap lebih 60,000 cadangan dan dikumpul sejak setahun lalu menerusi 135 dialog pelbagai peringkat.

Berdasarka­n laporan setebal 472 halaman, enam tema utama diketengah­kan iaitu global, kesaksamaa­n, mampan, bersatu padu, bertanggun­gjawab dan prihatin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia