Harian Metro

Bina 20,000 rumah

- Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

 Kenal pasti cara terbaik bina kediaman mampu milik

Kerajaan Selangor mengenal pasti formula bagi membina rumah mampu milik walaupun Lembah Klang kini semakin padat.

Menteri Besarnya Amirudin Shari berkata, perlu ada satu dasar yang baik untuk membina rumah yang mampu dimiliki oleh penduduk di negeri ini.

“Rumah kos yang besar (kos tinggi), harga yang besar memang banyak, namun pembinaan rumah mampu milik dengan harga mampu milik, masih kurang.

“Justeru, kerajaan negeri akan mengenal pasti satu formula. Kami menyasarka­n pembinaan kira-kira 20,000 rumah.

“Mengikut rekod, ketika ini Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mempunyai 156 rumah mampu milik yang sedang dirancang dan dalam pembinaan di pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Haji Perdana Musim 1439H Zahafiz Travel and Tourism di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Beliau ditanya sama ada kerajaan Selangor masih berupaya membina rumah mampu milik di Lembah Klang sedangkan kawasan itu semakin padat.

Semalam, Amirudin, dalam satu kenyataan ringkas, menyambut baik kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang menggesa agar kerajaan negeri bekerjasam­a menyediaka­n tapak tanah untuk membina perumahan mampu milik.

“Berikutan kedudukan Selangor yang paling hampir dengan Kuala Lumpur, ia mendapat limpahan daripada orang yang bekerja di ibu negara untuk mencari tempat tinggal.

“Justeru, kita memerlukan rumah mampu milik untuk menampung limpahan ini walaupun kita mengalami kesesakan (ruang yang padat),” katanya.

Amirudin berkata, kerajaan negeri sedia berbincang dengan syarikat pembanguna­n lain untuk membina rumah mampu milik bagi didiami oleh tenaga kerja yang bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur.

 ??  ?? AMIRUDIN bersama peserta bakal haji selepas merasmikan Kursus Haji Perdana Musim 1439H Zahafiz Travel and Tourism, semalam.
AMIRUDIN bersama peserta bakal haji selepas merasmikan Kursus Haji Perdana Musim 1439H Zahafiz Travel and Tourism, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia