Harian Metro

Indeks kualiti air bersih cecah 76 peratus

-

Kuala Lumpur: Kerja pembersiha­n Sungai Nadi Kehidupan (ROL) kini sudah mencapai 86 peratus, sekali gus bakal menepati indeks kualiti air bersih sungai pada Kelas IIB (76 peratus) menjelang Disember 2020.

Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Md Khairi Selamat berkata, ketika ini indeks air Sungai Klang itu 68 peratus dan hanya memerlukan sedikit tambahan nilai bagi mencapai bacaan air bersih iaitu pada 76 peratus.

Katanya, pelbagai usaha dijalankan bagi mencapai sasaran air sungai yang bersih termasuk pelaksanaa­n Program Jangkauan Awam (ROLPOP) yang memasuki fasa kelima.

“Masalah besar kita adalah sampah, sungguhpun JPS mengambil pelbagai inisiatif untuk membersih serta merawat air sungai terbabit, ia memerlukan komitmen pelbagai pihak.

“Sungai ini adalah imej Kuala Lumpur, justeru kerja pembersiha­n mencakupi kualiti air dengan sasaran kami untuk mengadakan aktiviti rekreasi masa depan.

“ROLPOP membabitka­n komuniti tempatan yang bertujuan mendidik mereka mengenai kejurutera­an dalam pemulihan dan pengindaha­n sungai,” katanya pada sesi ROLPOP 5 Walk-Learn-Share, di sini, semalam.

Program itu membabitka­n lebih 50 peserta terdiri daripada pelajar, orang ramai dan komuniti tempatan.

Bermula dari Pasar Seni, aktiviti ini menyaksika­n peserta mempelajar­i maklumat mengenai ROL termasuk ‘collapsibl­e weir’, sistem intersepto­r, kolam dan koridor biru.

Kemuncak aktiviti apabila peserta mendapat peluang menguji kualiti air dan menyentuh air sungai yang bersih di koridor biru bagi merasai pengalaman melihat dan menyentuh air terawat.

Projek ROL ini khususnya kolam biru adalah pertembung­an Sungai Klang dan Sungai Gombak yang menjadi ikon tarikan pelancong di Kuala Lumpur.

Ia mula dilaksanak­an pada 2011, terbahagi kepada tiga fasa iaitu pembersiha­n, pengindaha­n dan pengkomers­ialan sungai serta pelanconga­n.

 ??  ?? TINJAUAN projek pengindaha­n Sungai Nadi Kehidupan.
TINJAUAN projek pengindaha­n Sungai Nadi Kehidupan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia