Harian Metro

Rancang buka 12 cawangan

MyFranchis­e sehingga kini kendali 47 rangkaian Gloria Jean’s Coffees di pasaran Malaysia

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Malaysia Internatio­nal Franchise Sdn Bhd (MyFranchis­e) anak syarikat milik penuh Perbadanan Nasional Bhd (PNS) merancang untuk membuka 12 cawangan Gloria Jean’s Coffees sehingga hujung tahun ini.

Pengerusi MyFranchis­e, Datuk Azmi Mohd Ali berkata, pembukaan cawangan baru itu adalah antara strategi pertumbuha­n syarikat untuk menjadi pemain industri yang berdaya maju dalam pasaran.

Beliau berkata, pihaknya juga melaksanak­an langkah agresif dari segi platform digital dan pemasaran sebagai usaha untuk mewujudkan kesedaran mengenai jenama ini dalam kalangan pengguna.

“Kami kini dalam landasan untuk meningkatk­an lebih banyak cawangan, malah kami juga adalah pemain industri kedua terbesar selepas Starbucks walaupun jurangnya masih dilihat terlalu jauh.

“Jadi, sehingga Jun ini, kami membuka lapan cawangan baru di Malaysia, Myanmar, Indonesia dan Brunei manakala empat lagi cawangan akan dibuka pada hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis Hari Apresiasi Kopi dan pelancaran Gloria Jean’s Coffees Bukit Bintang, baru-baru ini.

MyFranchis­e mengendali­kan 47 cawangan Gloria Jean’s Coffees di pasaran Malaysia di pelbagai lokasi strategik seperti kompleks pejabat, pusat beli-belah, hospital dan lapangan terbang.

Selain itu, syarikat itu juga mempunyai empat cawangan di Brunei, dua cawangan di Indonesia dan tujuh di Myanmar.

Azmi berkata,

Universiti Sains Hospital Malaysia (HUSM) di Kelantan dan Institut Jantung Negara (IJN) adalah antara dua cawangan Gloria Jean’s Coffees yang mencatatka­n jualan tertinggi.

Menurutnya, sambutan yang diberikan begitu memberangs­angkan berikutan ia dibuka pada lokasi yang strategik serta mendapat permintaan luar biasa daripada masyarakat setempat.

 ??  ?? OUTLET Gloria Jean’s Coffee Bukit Bintang yang dirasmikan
baru-baru ini.
OUTLET Gloria Jean’s Coffee Bukit Bintang yang dirasmikan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia