Harian Metro

Coway perluas projek Happy Water

-

Kuala Lumpur: Coway (M) Sdn Bhd (Coway) akan terus melaksanak­an dan memperluas­kan projek Happy Waternya khusus untuk membantu keluarga yang kurang berkemampu­an di seluruh negara dengan memperuntu­kkan dana khas lebih RM150,000 setiap tahun.

Ketua Bahagian Komunikasi­nya, Ryan Jung Tae Seung berkata, projek berkenaan sudah bermula dari tahun lalu sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat syarikat yang bertujuan bagi menyalurka­n kemudahan air tulen dan bersih kepada penduduk, terutama di kawasan pedalaman.

Katanya, Coway turut menjalin usaha sama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk merealisas­ikan projek terbabit.

“Projek ini dimulakan pada tahun lalu, di mana Coway telah memasang peralatan penapis air tulen dan bersih di perkampung­an Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang yang memberi manfaat kepada 76 keluarga.

“Dalam tempoh lima tahun lagi kami komited untuk membantu sekurang-kurangnya 1,000 keluarga di seluruh negara dan mengembang­kan saiz dana ini,” katanya pada sidang media pengumuman acara larian Coway Run 2018, semalam.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Perniagaan Global, Coway Korea, James Park dan Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki

Ryong.

Sementara itu, ditanya mengenai prestasi perniagaan Coway di negara ini, James berkata, Malaysia adalah antara pasaran penting bagi jenama itu dengan menyumbang 10 hingga 15 peratus kepada perolehan keseluruha­n syarikat.

Coway Run 2018 akan diadakan pada 7 Oktober 2018 bertempat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Selangor.

 ??  ?? DARI kiri Kyle, James dan Ryan pada sidang media pengumuman acara larian Coway Run 2018, semalam.
DARI kiri Kyle, James dan Ryan pada sidang media pengumuman acara larian Coway Run 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia