Harian Metro

AMUK PASAR RAYA

- Daily Mail

 Lelaki tembak nenek selepas bertengkar, cetus drama tebusan 3 jam

Seorang lelaki menyerbu masuk sebuah pasar raya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) lalu mencetuska­n drama tebusan selama tiga jam hingga menyebabka­n pengurus wanita premis itu mati ditembak.

Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti berkata, suspek sebelum itu menembak neneknya tujuh kali selepas mereka bertengkar, dengan mangsa kini dalam keadaan kritikal pada kira-kira jam 1.30 tengah hari. Suspek kemudian melarikan diri menaiki kenderaan dengan memaksa teman wanitanya yang juga cedera mengikutny­a.

Ketua Polis, Michael Moore berkata, neneknya dilaporkan kritikal selepas menjalani beberapa pembedahan.

Ketika suspek cuba melarikan diri selepas insiden pertama itu, dia turut melepaskan beberapa tembakan ke arah polis yang mengesan pergerakan­nya dan mengejarny­a sebelum terbabas di luar pasar raya.

Suspek kemudian menembak teman wanitanya dan berbalas tembakan dengan pegawai polis sebelum berlari masuk ke premis berkenaan.

Polis berusaha menyelamat­kan hampir 50 pelanggan serta pekerja pasar raya terbabit termasuk kanak-kanak kecil yang dijadikan tebusan. Sebahagian daripada mereka berjaya menyelinap keluar dengan bantuan polis.

Suspek yang cedera pada tangan kanannya akhirnya bersetuju menyerah diri pada jam 6.30 petang dan keluar dalam keadaan tangannya bergari diiringi empat orang yang sebelum itu menjadi tebusannya.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pengurus Trader Joe terbabit, Mely Corado, 28.

 ??  ?? SUSPEK (dibulatkan) keluar dengan tangan bergari. - Daily Mail
SUSPEK (dibulatkan) keluar dengan tangan bergari. - Daily Mail
 ??  ?? BEBERAPA tebusan berjaya menyelinap keluar. - Agensi
BEBERAPA tebusan berjaya menyelinap keluar. - Agensi
 ??  ?? MELY
MELY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia