Harian Metro

‘Larikan’ 800

Anggota White Helmets, keluarga terancam nyawa dapat suaka sementara Jordan sebelum dipindah ke negara Barat

-

Jordan semalam berkata, 800 orang kumpulan pertahanan awam White Helmet dipindahka­n dari barat daya Syria di mana pasukan tentera Damsyik semakin mara terhadap pemberonta­k.

Jurucakap kementeria­n luar Jordan berkata, kerajaan membenarka­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menguruska­n kemasukan dan laluan 800 anggota pertahanan awam Syria.

Menurut Mohammad al Kayed, Jordan bersetuju terhadap permintaan oleh Britain, Jerman serta Kanada untuk memberi suaka sementara sehingga mereka dipindahka­n ke negara Barat atas dasar kemanusiaa­n.

Menurutnya, mereka yang dipindahka­n itu akan ditempatka­n di lokasi rahsia dengan tiga negara terbabit bersetuju menempatka­n mereka semula dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya, nyawa mereka terancam selepas tentera kerajaan berjaya menawan beberapa kawasan pemberonta­k di selatan Syria.

Tentera Israel sebelum itu mendakwa berjaya melakukan usaha kemanusiaa­n untuk ‘menyelamat­kan anggota organisasi awam Syria serta keluarga mereka disebabkan ancaman terhadap nyawa mereka.’

Ia menambah, kumpulan itu dipindahka­n ke negara jiran tanpa menamakann­ya.

Sabtu lalu, tentera Israel menutup laluan di Bukit Golan menjelang operasi berkenaan.

Kumpulan White Helmets secara rasmi dinamakan Pertahanan Awam Syria, terkenal dengan topi keledar putih dipakai mereka.

Kumpulan itu melaksanak­an operasi menyelamat di kawasan ditawan pemberonta­k di Syria selepas penempatan penduduk disasarkan pesawat pejuang.

Mereka dipuji kerana usaha yang berjaya menyelamat­kan ribuan nyawa.

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n anggota White Helmets mencari mangsa terselamat dalam serangan udara di Idlib, Syria, pada 9 April lalu. - EPA
GAMBAR fail menunjukka­n anggota White Helmets mencari mangsa terselamat dalam serangan udara di Idlib, Syria, pada 9 April lalu. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia