Harian Metro

30 maut strok haba

-

Tokyo: Kurang sebulan selepas banjir membunuh lebih 200 orang di barat Jepun, gelombang haba di negara itu mengakibat­kan suhu panas melampau yang membunuh sekurang-kurangnya 30 orang, manakala ribuan yang lain terpaksa mendapat rawatan di hospital.

ABC News melaporkan, cuaca di beberapa bahagian negara itu mencecah 40.7 Celsius, manakala di Kyoto suhu tertinggi direkodkan mencecah 39.8 Celsius iaitu tahap tidak pernah dilihat sebelum ini.

AFP melaporkan, sekurang-kurangnya 12,000 orang dimasukkan ke hospital akibat strok haba sejak suhu meningkat.

Kementeria­n Pendidikan turut memberi amaran supaya sekolah mengambil langkah berjaga-jaga selepas seorang budak lelaki berusia enam tahun maut ketika melakukan aktiviti luar, minggu lalu.

Gelombang panas ini bencana berkaitan cuaca kedua meragut nyawa di Jepun. Sebelum ini, sekurang-kurangnya 218 maut dan 12 masih hilang susulan banjir di barat negara itu.

Seramai 4,500 orang masih tinggal di pusat perlindung­an.

Sementara itu, AFP memetik Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana berkata, cuaca panas melampau itu tidak menunjukka­n tanda akan reda.

Agensi cuaca berkata, suhu menjangkau 35 Celsius di 233 lokasi pemerhatia­n pada waktu petang.

Ia turut mengeluark­an amaran cuaca panas melampau di kebanyakan kawasan di pulau utama Jepun. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia