Harian Metro

Shah Firdaus lengkap persiapan Sukan Asia di China

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba trek negara, Shah Firdaus Sahrom (gambar) melihat Piala Trek China di Taiyuan sebagai ‘pemanas badan’ terbaik dalam menghadapi Sukan Asia di Indonesia bulan depan.

Saingan di Taiyuan pada hujung minggu depan adalah aksi kompetitif pertama di pentas antarabang­sa selepas Sukan Komanwel di Gold Coast pada April lalu.

“Ia adalah peluang untuk saya melihat tahap dan persediaan diri sendiri selepas agak lama tidak bersaing pada kejohanan kompetitif dengan kali terakhir adalah tiga bulan lalu.

“Namun, lebih utama adalah mengelakka­n diri daripada sebarang kecederaan atau situasi yang tidak elok kerana Sukan Asia semakin hampir dan lebih utama,” katanya.

Shah Firdaus juga mahu menyerlah di Taiyuan memandangk­an perlumbaan di China berkenaan menawarkan mata untuk bersaing di siri Piala Dunia yang bermula November seterusnya membuka laluan menempah tiket ke Olimpik 2020.

Pelumba kelahiran Johor berkenaan kini antara taruhan terbaik skuad trek negara di Sukan Asia bersama Azizulhasn­i Awang, terutamany­a selepas persembaha­n membanggak­an di Sukan Komanwel tempoh hari.

Walaupun gagal meraih pingat, dia mengejutka­n sukan berbasikal dunia apabila menewaskan juara dunia dari Australia, Matt Glaetzer pada pusingan pertama acara pecut individu di Velodrom Anna Meares, Brisbane. Glaetzer meraih emas dalam keirin dan satu kilometer ujian masa pada temasya itu.

Shah Firdaus dijangka menyertai tiga acara pecut di Jakarta bersama Azizulhasn­i iaitu keirin, pecut individu dan berpasukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia