Harian Metro

Giliran Hamilton

- Reuters

 Pemandu Mercedes rekod kemenangan ke-66 tawan GP Jerman

Lewis Hamilton yang bermula dari petak ke-14, melakar kemenangan menakjubka­n pada Grand Prix Jerman bersama Mercedes sekali gus merampas semula kedudukan pendahulu pemandu Formula Satu (F1) dari pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang terbabit kemalangan.

Vettel yang kini 17 mata di belakang Hamilton, bermula di petak pertama sehingga hujan menyebabka­n perlumbaan menjadi kelam kabut hingga menyaksika­nnya terbabas sebelum melanggar tembok penghadang di depan penyokong sendiri.

Hamilton menamatkan perlumbaan dengan mengatasi rakan sepasukan, Valtteri Bottas dan seorang lagi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen.

Ia adalah kemenangan ke-66 dilakar Hamilton dan selepas berakhir perlumbaan, cuaca semakin buruk yang mungkin menghentik­an saingan sekiranya perlumbaan masih berlangsun­g.

“Keajaiban sentiasa berlaku,” kata jurutera pasukan, Pete Bonnington kepada Hamilton menerusi radio pasukan.

Selepas ditewaskan oleh Vettel pada di Grand Prix British dua minggu lalu, Hamilton melalui nasib yang lebih baik pada perlumbaan kali ini.

“Ia perlumbaan yang sangat sukar selepas bermula dari kelompok belakang tetapi saya sentiasa yakin peluang masih ada untuk mencatatka­n kemenangan.

“Saya berjaya memenuhi impian itu hari ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia