Harian Metro

Lebih utama’HARIAN ‘Panggilan negara

-

serius dengan mereka kesannya jauh lebih buruk sebab itu amat penting kita duduk berbincang,” katanya selepas Majlis Konvokesye­n Belia Mahir Kali Ke-5 Majlis Belia Malaysia (MBM) Bersempena Sambutan 7 Dekad MBM di Bangi Avenue Convention Centre, semalam.

Beliau mengulas laporan media mengenai situasi dihadapi Kim Swee yang mungkin terpaksa mengambil tindakan drastik dengan menarik diri daripada temasya di Jakarta-Palembang susulan kesukaran mengumpulk­an pemain. Kuala Lumpur: Skuad Bawah 23 tahun (B-23) tidak perlu menarik diri dari saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang meskipun berdepan masalah keengganan pasukan untuk melepaskan pemain.

Bekas pertahanan pasukan kebangsaan, Datuk Santokh Singh menyifatka­n tindakan untuk menarik diri itu juga tidak wajar dilakukan sambil menegaskan negara tetap perlu menghantar pasukan kebangsaan untuk menyertai saingan terbabit.

“Jika kita tidak dapat menghimpun­kan sebilangan besar pemain dalam pasukan utama, mungkin ada cara lain seperti memanggil pemain yang lebih muda untuk mewakili skuad B-23.

“Tidak perlu untuk menarik diri kerana masalah kekurangan pemain kerana dengan kemasukan pemain baru, sudah tentu ini akan membantu melengkapk­an pasukan.

“Biarpun pasukan yang dibentuk itu kurang mantap, sekurang-kurangnya kita tetap boleh menghantar pasukan untuk bersaing, sekali gus memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama, bekas pertahanan Selangor itu juga mengharapk­an Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bekerjasam­a dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya dapat menunda tarikh perlawanan Piala Malaysia.

“Masalah ini berlaku kerana pertembung­an jadual. Sekiranya jadual dapat diubah, mungkin ini akan membantu pasukan dapat melepaskan pemain.

“Apapun, setiap pasukan harus ingat bahawa panggilan menyertai skuad kebangsaan adalah lebih mustahak dan sepatutnya menjadi keutamaan,” katanya.

 ?? Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Santokh Singh ?? Tindakan segera tanpa kita berdialog dengan mereka kesannya jauh lebih buruk Biarpun pasukan yang dibentuk itu kurang mantap, sekurang-kurangnya kita tetap boleh menghantar pasukan untuk bersaing”
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Santokh Singh Tindakan segera tanpa kita berdialog dengan mereka kesannya jauh lebih buruk Biarpun pasukan yang dibentuk itu kurang mantap, sekurang-kurangnya kita tetap boleh menghantar pasukan untuk bersaing”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia